Sunday, October 31, 2010

sampul je lama, isi tetap baru...

Ini adalah sebuah box set cokelat Cadbury. Istimewanya set ni, Cadbury telah mengeluarkan cokelat pelbagai perisa ini dengan menggunakan sampul atau packaging seperti yang telah digunakan di zaman silam. Ia menunjukkan sampul-sampul yang telah digunakan pada tahun-tahun 1933, 1939, 1960, 1963 dan dibandingkan dengan sampul yang terkini (waktu tu 2006). Agak menarik juga kerana dapat melihat evolusi perubahan dari segi warna dan design pada sampul yang digunakan. Tetapi lebih menarik lagi dapat makan cokelat bersama keluarga...








Saturday, October 30, 2010

Fruit Tree oren pula...

Bulan lepas aku ada posting pasal ayaq oren Fruit Tree ni. Beli dua botol dia bagi souvenir satu beg kain dan fridge magnet gambaq ayaq Fruit Tree Apple. Kali ni, melalui proses yang sama, aku dapat lagi beg kain tu cuma fridge magnetnya gambaq oren la pula.
.
Setelah melakukan sedikit penyelidikan dengan Cik Amoi yang menjalankan promosi, rupanya ayaq Fruit Tree cuma ada perisa Oren dan Epal saja yang datang dalam botol bersaiz 1.5lt. Kalau dalam saiz kenit yang lain ada macam-macam perisa lagi. Patutlah fridge magnetnya ada dua jenis ni saja. Itu pun nak dapatkan ni bukannya senang. Cik Amoi kata kena main game dulu, kalau kena baru boleh dapat. Aduh, terpaksalah keluar ayat-ayat mengenai bulan dan bintang barulah dapat skip kena main game tu...




Friday, October 29, 2010

F&N Susu Sejat

Paper cup F&N Susu Sejat dengan tag line Citarasa Hebat Setiap Masa. Designnya seakan-akan paper cup F&N Susu Pekat Manis cuma yang ni warnanya adalah biru, cantik dan menawan...



F&N Susu Pekat Manis

Cara aku dapat paper cup ni agak pelik sikit. Masa tu aku tengah dok sample produk teh. Jadi aku minta la cup lebih sikit nak buat souvenir. Cik Amoi tu kata "tak boleh la incik, tak cukup, nanti..." Ingatkan nak pi mana, rupanya di pergi kat booth kawan dia yang tengah break dan ranjun beberapa cup dan bagi kat aku. Maka bertambah lah koleksi paper cup F&N aku. (oh ya, dalam minggu depan, aku dapat juga paper cup produk teh tu...)



F&N Seasons Green Tea Jasmine

Yang ni bagi aku agak sukar diperolehi. Aku dapat pun sebab terperasan promoternya yang membuat promosi ala-ala terselit di balik dinding, boleh tak perasan kalau tak lalu. Dah la tu, sekali tu je pun promosinya, sampai sekarang tak jumpa lagi dah. Nasib baik sempat try dan dapat cup-nya.
.
Ok, ini adalah paper cup bagi produk F&N Seasons Green Tea Jasmine. Rasanya mungkin biasa saja bagi yang menggemari teh hijau. Bagi aku lain pula sebab jarang minum teh hijau. Dan aku pun baru tahu (dari cup ni) rupanya Green Tea Jasmine dalam bahasa Melayu adalah Teh Hijau Melati...



F&N Fruit Tree

F&N Fruit Tree ni dah agak lama di pasaran. Cuma paper cup ni dikeluarkan sempena pelancaran produknya yang mula diedarkan dalam saiz botol 1.5lt. Mungkin dikeluarkan bagi menjawab saingan si oren kempis (Minute Maid Pulpy keluaran Coca Cola Company). Macamana pun, dua-dua sedap, dua-dua aku balun. Dan dua-dua ada bagi souvenir...yang dah masuk kotak.




F&N Extra

Paper cup F&N Extra. Extra? Apa extranya? Bila dipusing cup dan tengok bahagian belakang barulah tahu apa extranya. Ini adalah paper cup yang digunakan sewaktu mempromosi produk susu pekat F&N yang di perkaya dengan Tongkat Ali dan Ginseng. Bila dicampur dengan minuman panas kegemaran akan terhasil suatu aroma yang memberangsangkan... ada berani?



F&N Dairies (M)

Paper cup F&N Dairies (M) ni digunakan untuk pelbagai produk minuman F&N. Hehehe, mestilah untuk minuman, takkan untuk makan biskut pula ya tak. Maksud saya ia digunakan untuk macam-macam jenis brand minuman keluaran F&N, ia tidak hanya menjurus kepada satu brand sahaja...


F&N Alive

Paper cup F&N alive ini diperolehi sewaktu meng-sample produk susu F&N. Air di minum, cup bawa balik...


Thursday, October 28, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt4

Selesai saja mini concert, semua yang dok kerumun depan stage pun mula beredar. Cuma aku saja yang tinggal berdiri kat depan tu. Hehehe, aku bukannya tunggu Man Kidal buka baju dan baling kat peminat. Aku cuma lepak sat nak tengok musical gadgets diorang ni. Bila dah tinggal crew saja kat situ, aku terpandang kat satu brader ni tengah dok angkat Fender Strat Man Kidal. Maka aku telah dengan selambanya menyapa brader tu dan minta permission untuk pegang dan bergambar dengan gitar Strat tu. Bila brader tu kata ok saja apa lagi, sepantas kilat la aku beraksi sekejap. Maaflah gambaq ni aku tak dapat nak post atas sebab-sebab hakcipta yang sangat dipelihara.....
.
Di luar hard rock pula di pamirkan patung-patung Celebriducks berwajah Man Kidal. Celebriducks adalah sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang mengeluarkan collectible gifts berupa rubber ducks yang mengambil wajah-wajah ahli-ahli sukan yang hebat, celebriti atau artis-artis yang masyhur dan yang seumpama dengannya. Senang cerita hanya yang famous saja dipilih untuk menjadi Celebriducks ni, dan Man Kidal adalah salah seorang daripadanya. Dan inilah dia...




Kira tak sah la kalau aku pi jauh-jauh nak tengok Man Kidal perform dan lepas tu tak minta autograf dia betul tak. Jadi, bila aku nampak saja dia keluar (tengah dukung cucu beb...), aku pun panggil la dia sat untuk sessi autograf dan bergambar. Dia pun dengan senang hati melayan karenah aku dan sain semua barang yang aku bawa, begitu juga dengan Yan dan Man Dayak. Semua kasi sain dan bergambar. Thanks guys, terbaikkk...



Dan inilah dia hasil autograf hari tu...












Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt3

Setelah selesai persembahan FT dan rakan-rakan, maka tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu kemunculan band legenda Lefthanded. Band line-up untuk hari tu adalah, seperti biasa guitar legend Man Kidal, Yan the bassist, Man Dayak drummer, keyboardist yang (maaf) tak sempat nak tangkap nama dia dan vocalist, Shahrin. Performance memang tak boleh disangkal lagi, dah semestinya terbaik. Lagi baik sebab dapat tengok aksi goreng gitar dua kaki saja dari biji mata...hahaha..

Macam-macam lagu Lefthanded dipersembahkan pada petang tu. Diantaranya, Keadilan, Debunga Wangi, Seruan, Ku Di Halaman Rindu, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi dan ballad tahap all-time favourite, Tiada Lagi Kidungmu. Sewaktu hendak menyanyikan lagu Kidung, vocalist sempat menyatakan, ni la lagu yang boleh kasi cramp perut, hahaha mungkin sebab kena tarik banyak kot....


drum set yang menantikan
kedatangan Man Dayak...


yeahhh, sudah sampai


guitar legend Man Kidal kasi adjust sikit


sedikit intro buat kasi panasss


"...sepi yang mencengkam, saban waktu,
membawa aku ke lembah berduri..."
(Debunga Wangi)

boleh tahan juga Shahrin (vocalist) bawa
lagu-lagu Lefthanded, memang bezzz...


Aku sempat juga record Man Kidal punya solo. Goreng baikkk punya, almost 8 full minutes of six-string sting. Tada tipu punyer, goreng sampai garing. Tapping ada, tampaq gitar pun ada. Macam Malmsteen pun ada. Tapi Man Kidal tetap Man Kidal, ada style tersendiri...ada class.





"...tiada lagi ku dengar kidungmu,
tiada lagi derai tawa mu..."
(Tiada Lagi Kidung Mu).


Paling best, masa nak start performance Shahrin cakap "...kami hanya menyanyikan lagu Lefthanded". Yeahhh, itu yang kami mahu...


Man Kidal & Lefthanded
LIVE at Hard Rock Cafe Penang





"...biar dari sudut mana pun
kau lihat diri ini..."
(Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi)



"...gigil, menggigil aku
ku dengar suara kebesaran"
(Seruan)



Rocker yang happy...


Yan bikin solo sikit


...efek ala rock 70's


kasi zoom-in sikit, cuba nak cilok sikit ilmu goreng, hehehe, itu pun kalau sempat...





'till we meet again...