Wednesday, March 24, 2010
Dah selamat ka nak mandi laut...
Friday, March 19, 2010
Kehebatan Lelaki Atlantis
Satu lagi siri televisyen dari tahun tujuhpuluhan, kali ni adalah
Space 1999, yang juga ditayangkan pada tahun tujuhpuluhan adalah antara favourite aku. Ia adalah sebuah siri sains fiksyen yang telah diterbitkan oleh Gerry dan Sylvia Anderson yang masyhur sebelumnya dengan cerita-cerita Supermarionation seperti Thunderbirds, Captain Scarlet and the Mysterons dan Fireball XL5. Ok, pasal Space 1999 kisahnya, pada 13 Sep 1999 (hmmm, lebihkurang 10 tahun lepas je, hehe), telah berlaku satu letupan yang amat dasyat di bulan hinggakan bulan terpelanting keluar dari orbitnya dan membawa bersamanya penghuni-penghuni Moonbase Alpha. Disebabkan itu, macam-macam adventure yang dilalui disamping mencari jalan pulang. Antara karakter yang masih aku ingat ialah Commander John Koenig (Martin Landau) dan Maya (alien yang boleh bertukar rupa – shapeshifter).
*
Sewaktu siri ini ditayangkan dahulu, kat
Juga sebuah siri sains fiksyen (dari tahun lapanpuluhan), Alien Nation mengisahkan dua polis, satu manusia dan satu lagi alien yang terpaksa bekerjasama demi menjaga keamanan dunia yang waktu itu menghadapi pelbagai pergolakan dengan kewujudan masyarakat alien yang hidup bersama dengan manusia. Ishh, ishh, berat nih, tapi layannn…
Beauty and The Beast, sebuah siri lakonan Linda Hamilton (dari Terminator) sebagai Catherine dan Ron Perlman (si HellBoy) sebagai Vincent. Kisahnya, Catherine adalah seorang District Attorney dari
Thursday, March 18, 2010
Mr. McGee, don't make me angry...
Wednesday, March 17, 2010
Senang Dipasang, Senang Ditanggal
Tuesday, March 16, 2010
Bukan Lesen Terbang
Setelah selesai mengisi borang dan membayar yurannya resit pun dikeluarkan. Yang bestnya, boleh bayar ansuran, jadi takde le berat sangat. Tapi,
Instructor yang mangajar aku adalah seorang yang berbangsa
Oh ya, sebelum memulakan misi belajar memandu, kena la ada Lesen Belajar Memandu macam yang kat atas ni. Bab ni sekolah memandu tolong settlekan. Jadi setiap kali meronda dengan Datsun 120Y tu kena la bawa…(Hehehe, sorry, beberapa details kat lesen tu terpaksa di"hilangkan").
Akhirnya, setelah sebulan dua training bawa kereta, dan setelah lulus ujian bertulis, maka tibalah hari ujian memandu di jalanraya. Saspen juga la masa kat JPJ hari tu. Biasa la, ujian apa yang tak saspen, betul tak? Ramai betul manusia hari tu, ada yang cool, ada yang saspen (macam aku ni) dan macam-macam lagi. Dah la masa tu bulan posa, bertambah-tambah la dugaannya. Tapi macamana pun aku tak boleh lupa satu amoi ni. Aku dok perhati dia, orangnya kecil molek dan dok pegang satu beg plastik putih. Aku dapat agak yang dia ni pun nak test bawa kereta juga tapi apakebende yang dia bawa dalam beg plastik putih dia tu. Hmmm, heran sungguh…
Tapi, kemusykilan aku terjawab juga sebab tak lama lepas tu namanya dipanggil untuk ujian bukit. Aku pun continue la tengok amoi ni. Bila dia nak masuk saja kereta tu dia pun keluarkan benda yang ada dalam beg plastik putih tadi. Laaaa, rupanya dia bawa bantal (cushion) untuk dia duduk supaya tinggi sikit. Oh, itu rupanya…. Macam mana pun aku kesian juga kat amoi tu, pasai apa, masa kat bukit tu aku rasa dia terlepas brake kot, kereta yang dia bawa tu meluncur ke belakang dan melanggar kereta yang tengah beratur untuk naik selepas dia. Aduusss, dah la gagal ujian bukit, eksiden la pula. Tak tahulah macam mana nak kira tu…
Bila turn aku pula, nasib baik semuanya ok. Keputusannya ditulis kat belakang lesen belajar memandu seperti kat bawah ni.
Dan inilah lesen memandu aku yang pertama. Yang ori beb, ditulis dengan tangan guna ballpen hitam, hehehe.
…dan ini pula bila nak renew