Showing posts with label Hotel Punya Barang. Show all posts
Showing posts with label Hotel Punya Barang. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Pan Pacific Kuala Lumpur

...sambung sikit dari posting dahulu. Ini adalah kad kunci hotel Pan Pacific Kuala Lumpur. Tak di join dengan posting dulu sebab baru je terjumpa balik diantara kotak-kotak yang ada. Aku rasa ini adalah versi kad kuncinya yang terakhir sebelum bertukar nama ke Seri Pacific Hotel, atau mungkin masih ada versi yang lain...



Thursday, June 17, 2010

Hotel Tropical Inn

Sebut saja Tropical Inn, mesti orang JB (lama macam aku) mesti tau. Hotel Tropical Inn Johor Baru ni adalah yang terawal kat JB, awal tahun lapanpuluhan dah ada dan beroperasi. Kiranya pioneer dalam arena perhotelan kat JB la. Hotel-hotel lain ada tapi time tu yang banyak adalah hotel-hotel kenit atau rumah tumpangan (lot-lot kedai yang diubahsuai dan dijadikan hotel).
*
Masa aku tidoq kat hotel ni, satu malam tu aku terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dan disusuli dengan bunyi bising dari bilik atas. Dalam pikiran aku, agak-agak la kalau nak enjoy pun, tengok jam la sikit..... Esok pagi tu, aku pun pi la jumpa cik receptionist kat bawah, saja la nak sembang-sembang pasal hal semalam. Cik tu bagitau "maaf encik, bilik yang diatas bilik encik tu tak ada penghuni, pihak hotel memang sengaja kosongkan bilik, tak tahu saya kenapa...". Jeng, jeng, jeng.......





logo original


...bersebelahan logo baru







Hotel Ramada

Ramada Beach Resort Kuantan. Yang ni aku rasa masih ada lagi sekarang ni cuma bila check dengan pak gugel nombor alamatnya ialah 125 dan bukan 152 seperti kat bawah tu...



Wednesday, June 16, 2010

Hotel Merlin

The Merlin Kuala Lumpur, sebuah hotel yang agak masyhur dahulu. Menurut info pada sampul suratnya (di bawah), ada banyak cawangan hotel ini di merata bumi Malaysia, hinggakan kat Hollywood, Perth, Sydney dan Singapura pun ada. Namun menurut pak gugel, banyak juga yang telah bertukar nama, mungkin kerana bertukar pemilik atau management, termasuklah yang satu ni. Alamat The Merlin Kuala Lumpur ini ialah no.2 Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, tapi kalau kita pergi ke alamat tu sekarang Merlin ni dah tak ada tapi penggantinya adalah Hard Rock Cafe dan Hotel Concorde KL.....






sampul suratnya...

Tuesday, June 15, 2010

Holiday Inn City Centre

Sebuah lagi hotel yang telah bertukar nama, kali ini ialah Holiday Inn City Centre Kuala Lumpur. Terletak berdekatan dengan Pertama Complex dan Bangunan Mara, hotel ini telah lama beroperasi cuma sekarang ini dikenali sebagai Quality Hotel City Centre dan inilah saja hasil peninggalan dari hotel ini yang ada dalam koleksi.



*
Logo lama tulisan Holiday Inn yang ini siap ada kancil/kijang. Logo yang baru menggunakan huruf besar H dan tulisan berwarna hijau.



*
sendri mau ingat,
sendri tulis sendri hantar.....hahaha


Monday, June 14, 2010

Hotel Pan Pacific KL

Pan Pacific Hotel Kuala Lumpur. Sebuah hotel yang lokasinya berhadapan dengan Putra Place Complex (The Mall) dan bersebelahan dengan Putra World Trade Center (PWTC). Aku rasa hotel ini telah wujud sejak hujung tahun lapanpuluhan lagi, namun tahun sebenar ia mula beroperasi aku tidak berapa pasti. Sekarang hotel ini telah berubah nama dan dikenali sebagai Seri Pacific Hotel dan mempunyai logo yang baru. Begitu juga dengan “adiknya”, Puteri Pan Pacific Johor Bahru, logo dah bertukar (bukan logo lagi seperti pada kad kunci posting terdahulu) dan nama barunya pula adalah The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru. Oklah, macamana pun aku pernah menginap di hotel kat KL ni suatu masa dahulu iaitu pada awal tahun sembilanpuluhan. Waktu tu hotel ini masih menggunakan logo asalnya yang berbentuk dua huruf “p” yang beralun. Dan dibawah ini adalah barangan yang telah di per”souvenir”kan…… terima kasih.

folder tebal dalam bilik
*
*
logonya yang asli...
*
*
kasi bukak



folder alatulis


kertas untuk menulis surat



~ kasi zoom sikit ~

rupanya owned by Seri Pacific Corp, mungkin sebab tu dia bertukar ke nama Seri Pacific KL, dan operated by Tokyu Hotels Int. (kalau kat utara tokyu ni kicap...)



aerogramme untuk menghantar khabar


hmmmmm, ada durian...


macam-macam poskad ada,
pilih saja yang mana berkenan...











sticker untuk ditampal pada beg


borang untuk hantar telegram
(sorry, time ni takda email atau sms,
fax pun tak semua orang ada...)


yang ni dari Puteri Pan Pacific JB


hahaha....sabun pun ambik




Saturday, June 12, 2010

Hotel Puteri Pan Pacific

Kad-kad kunci ini semuanya dari hotel yang sama iaitu Hotel Puteri Pan Pacific Johor Bahru, cuma timing saja yang berbeza-beza sebab tu agak berlainan sedikit design kad kuncinya.
*
*
*
...versi ada nombor telefon
pada kad kunci
*

...versi logo keemasan


...bahagian belakang kad kunci



Hotel Sari Pan Pacific

Kad kunci kali ini agak lain sikit sebab jalur magnetiknya adalah dibahagian depan dan menggunakan teknik slide macam setiap kali nak collect mata ganjaran bonuslink. Kad ini, Hotel Sari Pan Pacific Jakarta yang bagi....



Hotel Hard Rock

Kad kunci dari Hard Rock Hotel Pulau Pinang. Hitam, berlogo dan ada motif batik/ukiran disebelah tepi. Disamping untuk membuka pintu bilik, ia juga diperlukan untuk menggunakan lif. Masalah sikit kalau sorang nak tinggal di bilik dan sorang lagi nak pi merayau. Kenalah hantar ke lif dan balik semula ke bilik. Kalau bagi dia bawa kunci, nanti takda letrik dalam bilik.....



....siap ada warning nak kena charge RM15 kalau tak pulangkan kad kunci nih, itu pun aku masih "terlupa" nak pulangkan....hehehe (dan tak kena charge pun)


Palace of The Golden Hoses

Kad kunci dari Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan. Kad putih yang ber-lubang bulat serta seekor kuda dan nama hotel berwarna keemasan, simple tapi kemas...
*
*
...menerangkan mengenai warna lampu yang mungkin muncul setiap kali anda cuba membuka pintu dengan menggunakan kad kunci ini (lebih menarik jika anda cuba membuka pintu bilik orang lain, lagi meriah warna lampunya)


The Mines Beach Resort

Kad Kunci ini bukanlah dari hotel cap ikan tetapi adalah dari The Mines Beach Resort yang menggunakan ikan lumba-lumba pada logonya yang mungkin membawa maksud kebebasan dan ketenangan... cubalah.