Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts
Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt3

Setelah selesai persembahan FT dan rakan-rakan, maka tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu kemunculan band legenda Lefthanded. Band line-up untuk hari tu adalah, seperti biasa guitar legend Man Kidal, Yan the bassist, Man Dayak drummer, keyboardist yang (maaf) tak sempat nak tangkap nama dia dan vocalist, Shahrin. Performance memang tak boleh disangkal lagi, dah semestinya terbaik. Lagi baik sebab dapat tengok aksi goreng gitar dua kaki saja dari biji mata...hahaha..

Macam-macam lagu Lefthanded dipersembahkan pada petang tu. Diantaranya, Keadilan, Debunga Wangi, Seruan, Ku Di Halaman Rindu, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi dan ballad tahap all-time favourite, Tiada Lagi Kidungmu. Sewaktu hendak menyanyikan lagu Kidung, vocalist sempat menyatakan, ni la lagu yang boleh kasi cramp perut, hahaha mungkin sebab kena tarik banyak kot....


drum set yang menantikan
kedatangan Man Dayak...


yeahhh, sudah sampai


guitar legend Man Kidal kasi adjust sikit


sedikit intro buat kasi panasss


"...sepi yang mencengkam, saban waktu,
membawa aku ke lembah berduri..."
(Debunga Wangi)

boleh tahan juga Shahrin (vocalist) bawa
lagu-lagu Lefthanded, memang bezzz...


Aku sempat juga record Man Kidal punya solo. Goreng baikkk punya, almost 8 full minutes of six-string sting. Tada tipu punyer, goreng sampai garing. Tapping ada, tampaq gitar pun ada. Macam Malmsteen pun ada. Tapi Man Kidal tetap Man Kidal, ada style tersendiri...ada class.





"...tiada lagi ku dengar kidungmu,
tiada lagi derai tawa mu..."
(Tiada Lagi Kidung Mu).


Paling best, masa nak start performance Shahrin cakap "...kami hanya menyanyikan lagu Lefthanded". Yeahhh, itu yang kami mahu...


Man Kidal & Lefthanded
LIVE at Hard Rock Cafe Penang





"...biar dari sudut mana pun
kau lihat diri ini..."
(Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi)



"...gigil, menggigil aku
ku dengar suara kebesaran"
(Seruan)



Rocker yang happy...


Yan bikin solo sikit


...efek ala rock 70's


kasi zoom-in sikit, cuba nak cilok sikit ilmu goreng, hehehe, itu pun kalau sempat...





'till we meet again...


Wednesday, October 27, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt2

Selesai saja Dead Mushroom punya performance, tibalah giliran superhero ni beraksi. Seperti yang dijangkakan, performance Faizal Tahir dan geng dia memang superb. Cuma, hehehe ada cuma la pula ya. Ok, cuma kali ni shownya berbeza sikit daripada mini concertnya yang terdahulu. Genervie Kam yang biasanya hebat dengan violin letriknya kali ni bermain keyboard. Adiknya (ka abang, tak pasti...) Arthur Kam yang bermain drums telah digantikan dengan seorang pemain baru. Sorry tak sempat tangkap nama dia. Yang lain macam biasa la cuma (cuma lagi...), performance petang tu banyak guna gitar tong, hehehe akoustik. Tapi, terbaikkk...









Adik ini telah diajak ke pentas oleh Faizal Tahir dan diperkenalkan sebagai "the next best thing to come into the music industry". Kiranya Faizal Tahir telah agak terpegun dan tak terkata bila melihat adik kecil ni boleh perform dengan hebatanya, memandangkan usianya yang sangat muda. Jadi adik ini telah di-introduce kepada umum oleh Faizal Tahir agar kita semua watch-out akan kemunculannya satu hari nanti. Bila di tanya siapakah idolanya, dia menjawab Arthur Kam...



...mari menyanyi bersama Faizal Tahir



goreng baikkk punyer




Selepas last song ni (gambar bawah), Faizal Tahir pun membuka baju Superman-nya dan dilemparkan ke audience. Baju tu terbang betul-betul sebelah aku. Tangan dah tergerak nak menggapai baju terbang tu tapi apakan daya, sempat teringat tali kamera yang ada dipergelangan tangan. Takut nanti aku buat sarkis pergi tangkap baju tu, kamera aku pula yang terbang. Haaaiii, dah nasib. Takpalah, lain kali kita cuba lagi....


Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt1

Dua minggu lepas, dalam dok pikir mana nak pi sempena anniversary ni, tup-tup terjumpa iklan Hard Rock Cafe, Rock For The Cure. Sebuah mini concert anjuran Hard Rock Cafe Penang sempena bulan oktobernya yang lebih dikenali sebagai Pinktober. Pinktober ni diadakan setiap tahun sempena program Breast Cancer Research Awareness. Kiranya berkonsert sambil beramal le ni.
.
Seperti yang aku pernah cerita dalam posting terdahulu, wife aku ni memang fan Faizal Tahir jadi kira ok la kalau nak bawa pi tengok mini concert ni (jangan lupa, sambil beramal...). Tapi, bagi aku pula yang tambah stim mini concert ni sebab ada Man Kidal & Lefthanded. Aduh, bila lagi nak tengok legend perform dengan jarak satu kaki je dengan kita. Musti pergi, musti pergi...
.
Jadi, pada Ahad 24 Oktober jam 1:50tgh kami pun dah terpacak kat entrance HRC (sampai tengahari sikit pasai singgah Lokain dulu ondaweh). Dan ni lah dia tiketnya. Melepas ayaq jus pasai nak simpan tiket...



Band yang memulakan show adalah kumpulan Dead Mushroom. Kenapa nama dia macam tu aku tak tahu tapi yang pastinya performance dia boleh tahan. Main lagu sendiri ada, lagu cover pun ada. Yang aku ingat lagu dia yang bertajuk Terima Kasih yang akan dimuatkan didalam album terbarunya...








Bila nak habih show diorang ni, tiba-tiba ada announcement "ahli-ahli Dead Mushroom diminta tunggu sebentar diatas stage, ada surprise...". Lepas tu kedengaran bunyi kuali diketuk, keletang, keletung. Rupa-rupanya ada surprise birthday cake untuk Rashidi Ishak, gitaris Dead Mushroom. Ooooh, yang ke berapa ya...


Wednesday, May 12, 2010

Faizal Tahir, Tuan-tuan dan Puan-puan...

Nampaknya hari ceritanya pasal benda yang di luar kotak....
*
Oleh kerana hari tu terlepas nak tengok Double Trouble II, hati rockers ni agak gundah gulana sikit sebab nak kena ganti ruang kosong dalam jiwa rock ni disebabkan termiss-nya konsert tuh. Tiba-tiba dapat tahu yang Faizal Tahir ada mau bikin launching album terbarunya (awarded Album Rock Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 17). Kena pula wife aku agak fan juga dengan muzik si FT nih. So, sebagai treat, let's go babeh.....
*
Album launch ni dibuat kat Hard Rock Cafe Penang pada 11 Mei 2010 (semalam). Pintu dibuka pukul 7:30 tapi Faizal Tahir akan mula perform pukul 10:00 malam. Lepas ambil tiket (seperti yang dibawah ni) dan tag tangan, aku dan wife aku ronda la Penag dulu...
*
Saja ja letak keychain Superman, kasi bakar awek-awek yang baru minat Superman sejak Faizal Tahir jadi duta DC Comics Apparel.....hahaha
*
*
bro kamil, macam tag coca-cola world cup tour...

*
keadaan di dalam hard rock cafe.....semuanya tenang



...masih lagi tenang


yaaaa, lampu sudah dipadamkan, dan skrin pun dinyalakan
(logo Faizal Tahir)



bila band boys (and girl) start main,

maka muncullah "superhero"




bak kata orang Penang,

"tu dia, dia mai kot ataih..."
hebat juga intro brader ni, dia start nyanyi dari atas bumbung Rock Shop HRC




lepas first song tu barulah dia turun
join band members kat bawah


macam-macam lagu ada malam tu, dia punya ballads,
dan juga fast songs ...not bad


*
Faizal Tahir bersama kumpulan gitar (dan violin) rancaknya


*
...tapi FT dok complain, panasss betul malam tuh.tak tahan punya pasal jeket pun kasi buka

*
...jeket gone

*
ni pula ada member dia tiba-tiba join nyanyi
(time tu lagu November Rain G'nR)
sorry la aku tak berapa kenal siapa dia
(gua orang lama beb...)
mungkin geng artis kot...

*
boleh tahan juga FT goreng solo lagu G'nR ni

*
hahaha, jeket dah buka, t-shirt hitam yang tadi tu pun dah buka, tinggallah t-shirt HRC merah ni (t-shirt hitam logo FT tadi dia baling ka audience, ada la seronok tak hingga dapat baju tu..)

*
ni dia punya encore.
since peminat dok bertempik panggil,
dia keluar dan perform satu lagu lagi



*
siap diri atas stool lagi tuh...

*
ni lah dia gitar Les Paul yang disouvenir
(dan disain) khas buat Hard Rock Cafe
sikit hari lagi kasi frame dan gantung le kat situ...

*
ini bukan scene bootlegging kat pasar malam batu ferringhi tapi adalah jualan album original CD Adrenalin di pintu masuk HRC.
"mai abang, mai adek, ini ori punya..."

*
selesai saja show, semua pun balik dengan muka happy. ada yang dapat poster, ada yang dapat pick gitar dan ada yang dapat baju peluh Faizal Tahir....