Yang pastinya, botol Fanta macam di bawah ini ramai dah pernah lihat ya tak? Ada perisa oren dan juga perisa anggur.....
Tapi, yang di bawah ini agak berbeza sedikit (bagi aku la kan...). Dua tiga kali aku lalu depan kedai yang memperagakan botol ayaq Fanta ni aku tak berapa nak perasan. Ingatkan sama saja dengan botol yang atas tu, sehinggalah satu hari tu aku berhenti sat untuk beli barang. Wow.....botol kaca rupanya. Dengan rekabentuk sebiji seperti versi botol plastik, dan mempunyai bintik-bintik embossed, yang ini kecil sedikit sebab hanya berisi 250ml berbanding botol di atas yang isi kandungnya 500ml. Maka aku pun teruslah angkat sebiji buat souvenir.....
Abang dan adik...
















































