Saturday, January 29, 2011

Cubaan pertama aku...

Sempena Hi-Tea Botologi yang bakal berlangsung petang ini, maka hari ini aku masukkkan sedikit kisah mencari botol aku yang tak seberapa ini. Segan juga nak posting, apatah lagi dengan rakan-rakan botologi yang mempunyai botol-botol yang jauh lebih superb daripada yang aku cuba nak paparkan ni, namun ini adalah first attempt aku dalam dunia yang bagi aku amat baru ini. Jadi, kasi chan la nooo...
.
Ok, target dijumpai dihadapan sebuah kedai yang sudah lama tak dibuka. Tindakan susulan dengan merujuk kepada taukeh kedai sebelah, memang confirm dah lama tak buka, dan ownernya pun tak tahu mana pergi. Setiap kali lalu, aku nampak asyik tersadai je kat depan kedai. Jadi satu hari tu, waktu hujan renyai-renyai (betul ni...), berbekalkan beberapa beg hitam dan beg biru aku pun collect-lah apa yang patut dan bawa balik semuanya...



Itulah dia barangnya, crate plastik Coca-Cola dan botol F&N. Oleh kerana terlalu lama berada di luar (kedai), crate dan botol-botol ini agak kotor juga jadi terpaksa aku bersihkan dulu...



...kasi masuk besen


...kasi taruh sabun


...kasih rendam dua-tiga hari


settle bab botol,
tiba pula giliran crate Coca-Cola ni


.
menggunakan teknik yang sama
...hehehe
.
...kasi masuk tong



...kasi taruh sabun


...kasi rendam dua-tiga hari




Setelah dua-tiga hari, buih pun dah ala-ala hilang, bermulalah operasi memberus dan mencuci crate dan botol dengan cara serius, dan hasilnya...



Cuma yang kelakarnya, botolnya F&N tapi crate-nya Coca-Cola. Hmmm, kena buat sesuatu ni.....


9 comments:

Iaryylr said...

Bro, syabas! permulaan yang mantap, teruskan usaha, saya pun baru, dan yang superb boleh kita jadikan rujukan, kalau dapat barang baik kalau tak boleh angkut boleh buat deal dulu, kalau tak melepas, pernah terlepas bercreate botol yang berair mata...

Spallan said...

Tq bro (dunia jadi haru biru kalau melepas...)

Pak Haji said...

great bro...kalau tak de newbie takde la yang lama..tak kisah la orang lain lebih superb sebab diorang dah start dulu...pelan pelan kayuh...syabas!! :)

Spallan said...

Tq Pak Haji, akan ku teruskan... slowly tapi steady...

PAK MAT TAHIR said...

Wau!satu pencarian & penemuan yang amat berbaloi,dengan medatangkan hasil besar..tahniah.

Spallan said...

Tq Bro Tahir...

MgtBobber said...

Waah!! makin bertambah ahli-ahli Bot;ogi Malaya nampaknya ni! Syabas bro!! Teruskan minat kita yang amat menarik ni!

Spallan said...

yeahhh, ahli baru, belum banyak tahu, masih tergaru-garu, hehehe

acidwelding said...

aku lagi orng baru,dah dapat sebat je,10 tahun lagi lama lah tu...botol lain tong lain tak pe lah bedal je,nanti jumpa lak botol coke dah boleh tukar.