Friday, May 24, 2013

.....tersebutlah kisaaaaah

Lamaaa aku teringin
nak ada seterika antik ni.


Dengan rekabentuknya yang unik
dan tidak menggunakan elektrik...


...akhirnya,
ku milikki jua.



Siap dengan, apa yang sering dikatakan
oleh Mike Wolfe dalam siri Pickers-nya,
"...this one has a nice patina on it."...


...seterika ini
memang antik yang unik.



Sekarang baru puas hati aku...


...boleh ku belek,
bila-bila saja aku mahu.



Namun,
yang indah itu hanya sementara...


...seterika ku ini,
hanyalah versi kenit sahaja.


Thursday, May 23, 2013

...tak boleh makan ni

Mug Cadbury dengan warna dan bentuk seperti cokelatnya yang baru dikepak dari bungkusan. Mmmmm...kalau tengah sopan, kepak le elok-elok, kalau tengah takda orang dan takde nak share-share...tokak je sampai habis, hehehe. 







Wednesday, May 22, 2013

...nak satuuu

Nak kata segan tu memang segan le, tapi....kalau nak jadi collector tak boleh le jadi penyegan...hahaha. Maka dalam kesibukan meraikan harijadi anak buah aku di sebuah restoran ayam goreng "sehingga menjilat jari", aku sempat dapatkan satu set "birthday gift" ni sebagai souvenir...



Boleh tahan juga...


...banyak betul isinya.


Boleh buat kapal lanun.


Ada Activity Pad...


...dengan macam-macam
yang boleh dibuat.



Ada set sticker.


Sijil pun ada.


Ada frame buat letak gambar tiup lilin.


Dan ada "permainan papan",
di mana dadunya perlu dibuat sendiri.


Set ini aku dapat kalau tak silap aku, tiga empat tahun yang lepas. Kedai ayam goreng ni pun dah tak wujud lagi pada lokasi  ini. Suatu masa dulu pada tapak yang sama adalah restoran White Castle yang amat terkenal dengan burger kenit empat seginya. Sayang seribu kali sayang, takda pula aku souvenir daripada White Castle ni. Terkini, tempat tu dah jadi kopitiam pula dan pernah cuba sekali bersama famili adik aku. Agak-agak, besok-besok kedai makan apa pula yang akan menggantikan kopitiam ni. Kita tunggu...

Tuesday, May 21, 2013

...betul-betul free

Haaa...yang ni aku tak payah beli apa-apa pun aku boleh dapat, senyum lebih-lebih pun tak payah. Cuma, aku perlu ucapkan terima kasih saja sebab set mug Munchys ni adik aku yang hadiahkan kat aku. Enam tujuh pek biskut ni dia beli dan mug yang cukup set design-nya ni dia bagi kat aku dan yang selebihnya, dia bagi anak-anak dia pakai.  Eh...aku tanya balik, kenapa tak bagi diorang  guna je mug-mug ni? Adik aku jawab dengan selambanya, "tak payah...dua tiga biji ni pun dah cukup". Oh... terimakasih kalau gitu...hahaha.

Mug Si Bapa


Mug Si Ibu


Mug Si Abang


Mug Si Adik



mug...beramai-ramai



Boleh juga di susun meninggi...


...bagi menampakkan
efek berpegangan tangan. Hmmm...


Monday, May 20, 2013

...ada kucing dalam kotak?

Dah lama juga aku tak kumpul souvenir mekdi, tapi selepas aku singgah kat blog Gostan Sikit dan baca mengenai kemunculan patung McDonaldland Hello Kitty ni, aduuuhhh.....macam tak dapat nak menepis la pula. Maka bermulalah misi mengumpul patung anak kucing ni...

Hamburglar X Hello Kitty





Grimace X Hello Kitty





Birdie X Hello Kitty





Ronald McDonald X Hello Kitty





Mari aku susun rapat-rapat.
Dari depan...


...dari belakang,


...dari tepi,


...dan dari atas.



Ini pula flyer rasminya.
(...ini pun boleh habis, ish ish ish)


Di bahagian belakang flyer ada menunjukkan cara-cara melipat kertas 'ala origami...


....bagi menghasilkan
Hello Kitty kita sendiri.