Showing posts with label Movie Collectibles. Show all posts
Showing posts with label Movie Collectibles. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

PEZ atau Pez?

PEZ (huruf besar kesemuanya) merupakan sebuah syarikat confectionary yang berasal dari Austria. Ia terkenal dengan gula-gulanya yang berbentuk seperti pil ubat yang disimpan di dalam bekas khas berbentuk karakter-karakter yang dikenali umum seperti dari komik, filem dan yang seumpama dengannya. Dikatakan nama PEZ lahir dari perkataan German bagi peppermint iaitu Pfefferminz, yang mana merupakan perisa pertama PEZ sewaktu mula-mula keluar dahulu pada tahun 1927. Di bawah ini adalah PEZ dengan dispensernya yang berbentuk Mr Bean yang complete dengan tahi lalatnya di sebelah kiri (kalau Phua Chu Kang, di sebelah kanan...).





Saturday, March 19, 2011

Hellboy

Ini adalah set coaster dari komik Hellboy (merah) dan juga daripada filem Hellboy (hitam). Didatangkan dalam tin bulat, setiap tin mengandungi empat keping coaster yang memaparkan imej karakter dari siri/filem Hellboy..

Karakter Hellboy (kemunculan pertama pada tahun 1993) adalah rekaan Mike Mignola dari siri komik yang telah diterbitkan oleh Dark Horse Comics. Dijadikan sebuah filem di layar perak pada tahun 2004, ia merupakan sebuah filem penuh aksi dan membariskan pelakon-pelakon seperti Ron Perlman sebagai Hellboy, John Hurt sebagai Professor Trevor dan Selma Blair sebagai Liz Sherman.








Thursday, February 24, 2011

beruang buat lawak

Yogi Bear adalah satu karakter kartun oleh Hanna-Barbera Productions yang pertama kali muncul pada tahun 1958 dalam siri Huckleberry Hound Show. Pada asalnya hanya sebagai karakter sampingan tetapi setelah menjadi lebih popular daripada Huckleberry Hound, Yogi Bear akhirnya mendapat sirinya sendiri pada tahun 1961. Yogi Bear sering muncul dengan rakan baiknya Boo Boo yang juga seekor beruang sepertinya, dan kerja mereka berdua adalah suka mencuri makanan dari orang ramai yang datang ber-picnic (sering disebut pic-a-nic) di Jellystone Park. Namun operasi dua beruang ini akan selalu diganggu-gugat oleh Park Ranger yang bertugas di situ bernama Ranger Smith.
.
Nak jadi cerita, sewaktu hendak menonton wayang kat TGV minggu lalu, aku ternampak la offer pek kombo Yogi Bear ni. Teringat pula akan siri kartun yang aku sering layan sewaktu kecil dahulu...hehehe. Jadi aku balunlah satu set ayaq dan hotdog nih, dan bawa balik gelas dan kotaknya sebagai souvenir...









Wednesday, June 30, 2010

Poster Promo Movie

The Relic (1997)
(AWAS!!! ...ada monster dalam muzium)


Anaconda (1997)
(AWAS!!!.....ada Jennifer Lopez lawan ular besar)

Wednesday, March 24, 2010

Dah selamat ka nak mandi laut...

Sewaktu kecil dulu Ayah aku ada bawa aku dan adik aku pi tengok wayang mengenai seekor jerung yang suka makan orang. Tajuk cerita tu ialah Jaws2. Dengan menggunakan teknik animatronics yang disalutkan dengan badan yang diperbuat daripada getah, bagi kanak-kanak yang berumur baru sedigit, Si Jaws ni memang nampak real, tengok la dari angle mana pun, hehe. Bila dia dah start tokak orang, aduuhh seram beb, dan tiap kali jerung tu nak muncul, keluar le lagu tema dia, dum dum dum dum dum dum dum…. Ok, set trading cards Jaws2 ni pula telah dikeluarkan pada tahun 1978 oleh syarikat Topps. Complete 59 keping kad dan stickernya sekali. Oh ya, tagline famous cerita ni "Just when you thought it was safe to go back in the water...".














Tuesday, December 1, 2009

Nama ku Bond, James Bond...

Koleksi kereta James Bond yang dikeluarkan oleh Shell, kenit tapi kemas didalam briefcase nya. Jika dikeluarkan dari kotak dan ditanggalkan dari standnya, boleh bergerak seperti kereta mainan biasa. Empat kereta yang bawah ni dikeluarkan pada tarikh yang telah ditetapkan tetapi kereta yang last tu keluar pada tarikh yang sama filem Quantum of Solace mula ditayangkan. Briefcase tu pula kena order baru boleh dapat. Oklah nak pi breakfast dulu. Mamak....teh tarik satu, bak kata James Bond, kasi goncang, bukan kacau....