Showing posts with label Autograf. Show all posts
Showing posts with label Autograf. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Ooooo...kuda ku lari gagah berani

Pada rakaman sebuah konsert Datuk Sharifah Aini, sempat juga aku berjumpa dengan biduanita negara tu. Seperti biasa la, nak minta autograf. Jadi, bila dah berdepan dengannya aku pun hulur le empat album ni, mohon jika sudi di-autograf-kan (berdebar juga kot-kot Datuk nak reject dan tak nak sain). Sambil melemparkan senyuman manis beliau berkata "wow, I look so young". Hehehe...selamaaat aku. Walau bagaimana pun, kesemua album yang aku bawa tu tak le disain pada masa tu juga, tapi di bawa balik dan bila siap disain nanti P.A.nya akan call aku. Aku OK saja. Tunggu punya tunggu akhirnya.....terimalah album-album yang siap di-autograf oleh Kak Pah The Legend.










Sunday, May 12, 2013

...dah dua puluh tahun?

Kalendar Judge Dredd dari tahun 1993. Baru jumpa balik masa memunggah hari tu. Mula-mula nampak biasa je, tapi...










eh.....ada yang dah kena sain rupanya.


Yang bermula dengan huruf C tu di sain oleh Charles "Charlie" Adlard, pelukis Judge Dredd...


...tapi, signature siapa pula yang satu lagi tu? Takpalah, aman-aman nanti aku check balik.


Wednesday, May 8, 2013

...ke gua kelawar

Suatu masa dahulu.....aku terbaca akan iklan ini. Wah, sang Batman nak datang buat signing buku, mesti pergi nih. Hahaha, sebenarnya yang nak datang menyain buku tu adalah Adam West, pelakon siri Batman tahun enampuluhan.



Inilah dia buku yang dimaksudkan. Nak beli buku ni senang je. Ambil dari rak, pi ke cashier dan bayor, dah settled.



Nak dapat autograf ni yang payah. Hari tu aku beratur sampai terkeluar bangunan. Yang datang lewat tak payah ceritalah, beratur keliling bangunan le jadinya.



Inilah dia rupa Adam West sewaktu sedang beraksi sebagai Batman dan rakan seperjuangannya Robin (lakonan Burt Ward).



Dan ini pula pasukan seteru favourite-nya, The Joker (Cesar Romero), The Penguin (Burgess Meredith) dan The Riddler (Frank Gorshin).



Kaset video Batman The Movie (1966).  Batman, Robin, tiga yang atas tu dan juga The Catwoman (lakonan Lee Meriwether). Seratus lima minit yang penuh aksi yang mendebarkan...hehehe.




Tapi,
kat mana aku boleh tala tape ni sekarang.....?


Friday, December 9, 2011

kawan-kawan X-Men...

Magneto adalah musuh ketat kepada X-Men dan telah muncul buat pertama kalinya dalam komik X-Men #1 pada Sep 1963. Hasil rekaan Stan Lee dan Jack Kirby, karakter ini mempunyai kuasa magnetik yang sangat kuat lagi hebat dan mampu memusnahkan apa saja, ikut suka hati dia. Dilakonkan oleh Sir Ian McKellen dalam filem-filem X-Men (dan oleh Michael Fassbender, versi Magneto muda), karakter ini mendapat ranking #1 dalam senarai Top 100 Comic Book Villains oleh Imagine Games Network (IGN), jahat betul mamat nih,  dan #9 (daripada 200) dalam Greatest Comic Book Character Ever oleh Majalah Wizard. Ok, yang di bawah ini pula adalah komik Magneto #0 yang diterbitkan pada Sep 1993. Siap dengan enhanced-foil cover yang serba purple (special sikit sebab isu nombor kosong), aku sempat minta artistnya, John Bolton untuk tolong sainkan sebagai kenang-kenangan…..



Sabretooth pula adalah satu karakter komik Marvel yang direka oleh Chris Claremont dan John Byrne yang muncul ke dunia komik buat pertama kalinya pada tahun 1977 dalam komik Iron Fist #14. Walau pun pada asalnya karakter ini hanyalah seorang serial killer tanpa sebarang kuasa luar biasa, namun karakter ini kemudiannya diubah dan menjadi seorang mutant dengan superhuman powers yang dahsyat. Dan musuh ketatnya, tak lain dan tak bukan si Wolverine kita. Mendapat ranking sebagai karakter komik terbaik ke 193 (daripada 200) oleh Wizard Magazine pada tahun 2008, yang di bawah ini adalah komik Sabretooth yang pertama yang diterbitkan pada Ogos 1993. Siap dengan die-cut cover lagi tu (boleh nampak muka Sabretooth)…


Monday, December 5, 2011

Wolverine...

Wolverine merupakan salah satu karakter komik yang paling diminati dari Marvel Comics. Karakter ini pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk #180 pada tahun 1974 dan adalah hasil rekaan penulis Len Wein dan pengarah seni di Marvel iaitu John Romita Sr. Terdapat pelbagai siri komik Wolverine dan diantaranya adalah Wolverine: Origins, Wolverine: First Class, Wolverine: Weapon X, dan yang terkini bagi tahun 2011 adalah Wolverine: The Best There Is. Walau bagaimana pun, siri asal Wolverine sebagai karakter utama telah diterbitkan pada Sep 1982 dan berlangsung sebanyak empat isu sehingga Dis 1982. Dan dari siri inilah datangnya catchphrase Wolverine yang masyhur…

“My name is Logan… but most people know me as Wolverine. I’m the best there is at what I do… But what I do best isn’t very nice”.

Ahaaa, tu dia. Malangnya aku tak sempat pula nak kumpul siri empat komik yang tu, tapi apa yang berjaya masuk koleksi …dah masuk kotak adalah dari Wolverine volume kedua. Siri ini telah mula diterbitkan pada Nov 1988 dan berlangsung sebanyak 194 isu hingga ke tahun 2003. Di bawah ini adalah isu-isu terawalnya yang mana John Buscema yang merupakan cover artistnya telah bermurah hati untuk menandatangan beberapa isu sebagai souvenir….. 


Wolverine #1


Wolverine #2


Wolverine #3


Wolverine #4


Wolverine #6


Wolverine #7


Wolverine #10


Wolverine #12

Wolverine #13


Wolverine #14


Wolverine #15


Wolverine #16


Friday, July 15, 2011

Batman/Judge Dredd Vendetta in Gotham

Sekali lagi Batman digandingkan dengan Judge Dredd tetapi kali ini dalam tahun 1993 dalam kisah bertajuk Vendetta in Gotham...dan diautograf oleh penulisnya Alan Grant.


Batman/Judge Dredd Vendetta in Gotham Vol 1 #1, Dis 1993
Cover Artists : Mike Mignola
Writers : Alan Grant
Pencilers : Cam Kennedy
Inkers : Cam Kennedy
Colourist : Digital Chameleon
Letterers : Ken Bruzenak

Batman/Spawn: War Devil

Gandingan dua superhero, Batman dan Spawn dalam komik "prestige format" keluaran DC Comics pada tahun 1994 dan diautograf oleh salah seorang penulisnya, Alan Grant.



Batman/Spawn: War Devil , Mac 1994
Cover Artists : Klaus Janson
Writers : Doug Moench, Chuck Dixon, Alan Grant
Pencilers : Klaus Janson
Inkers : Klaus Janson
Colourist : Klaus Janson, Steve Buccellato
Letterers : Todd Klein
Editors : Denny O'Neil

Thursday, June 23, 2011

Sweet Charity 40 Tahun Bagaikan Bermimpi

Pertama kali aku dengar mengenai buku "Sweet Charity: 40 Tahun Bagaikan Bermimpi" ini adalah sewaktu Ramli Sarip ditemuramah di sebuah rancangan radio tempatan. "Buku ini sudah berada di pasaran dan merupakan edisi yang amat terhad, terhad kepada tiga ribu naskah sahaja..." kata Ramli. Mendengarkan hal itu, aku pun mulalah buruan mendapatkan buku ini. Sebelum aku cerita lebih panjang, mai aku cerita dulu apa ada dalam edisi terhad ini.

Ok, yang di atas itu adalah covernya atau pocket sleeve yang digunakan untuk membungkus isi sebenarnya seperti yang di bawah ini. Ia merupakan sebuah buku penuh gambar warna-warni konsert "40 Tahun Bagaikan Bermimpi" Sweet Charity yang telah dipentaskan di Esplanade Singapura pada 31 Mei 2009. Dari pembikinan, penyediaan, hari konsert dan pertunjukan, termasuklah fans serta ahli keluarga Sweet Charity, bermacam-macam gambar dimuatkan dalam buku kulit keras enampuluhempat muka surat ini. Selain itu, yang menambahkan lagi nilai aesthetic pada koleksi ini adalah tiga keping cakera padat yang disertakan bersama, dua CD lagu dan satu DVD konsert. Memang best, boleh gu dengan VCD konsert Sejuta Wajah yang dulu.

Kembali kepada kisah mencari buku edisi terhad ni, maka bermacam kedai buku aku singgah dan bertanyakan mengenai buku ini. Ada yang kata tak pernah dengar pun, dan tak kurang juga yang mengatakan stok belum sampai. Tapi yang paling aku tak tahan, ada yang megatakan stok dah habis....kahkahkah, bantai jawab je lah.

Dalam usaha aku dok mencari tu, baru aku terperasan yang buku ini bukan sekadar buku sahaja tapi ada CD dan DVD di dalamnya. Ahaaa, maka aku pun meluaskkan lagi sample pencarian aku dan masukkan sekali kedai-kedai muzik dan video. Semua aku redah, EzyVideo, Speedy, Tower Records dan macam-macam lagi. Agak keciwa juga, jawapannya semua sama, belum keluar lah, tak pernah dengar lah, takda satu pun jawapan yang memberangsangkan. Sehinggalah aku ke One Utama dan singgah di kedai bernama Rock Corner.

Di situ aku berjumpa dengan Raymond dan terus bertanyakan hal buku ini. Dia pun menjawab "saya tau ini, tapi stok belum ada, belum keluar. Isnin ada stok baru, mungkin ada". Ahaaa, jawapan macam ni barulah confident sikit. Raymond pun terus memberi contact cardnya dan minta aku call balik hari Isnin (masa tu hari Sabtu). Maka setibanya Isnin (petang) aku pun call Raymond dan diberitahu yang stok masih belum sampai. Apa boleh buat, mungkin stok dah habis kot, tiga ribu naskah, bukan banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan fans Sweet Charity yang ada. Fans diorang ni bukan setakat di Malaysia saja, Singapura dah tentu ada, Brunei lagi, dan entah mana-mana lagi.....hahaha. Takpalah, bila-bila aku jumpa nanti aku beli, kalau tak jumpa...apa boleh buat.

Tetapi, ahaaaa... ada tetapinya, pada hari Rabu, talipon yang dalam poket kenit aku ni pun berbunyi dan terpampar nombor yang aku dapat agak nombor dari kawasan Petaling Jaya. Aku pun jawab dan mendengar dihujung sana "hello, raymond sini, dari Rock Corner. itu buku sudah sampai. saya simpan satu untuk you ok?". Mendengarkan tu, usah dikenanglah betapa gumbiranya. Tak sampai setengah jam selepas cakap talipon dengan Raymond, aku pun sampai kat Rock Corner. Terkejut si Raymond, "wah, banyak cepat sampai...". Ya lah, Sweet Charity punya pasal, mesti cepatnya. Dia beritahu aku, lima buku yang sampai, satu aku punya, tiga dah kena angkat, tinggal sebiji je lagi... itu pun dah ada orang punya. Takda satu pun yang di display di luar, yang aku punya pun dia pi ambil kat bilik kecik di belakang...

Maka, terimalah, sedikit sebanyak kandungan buku "Sweet Charity: 40 Tahun Bagaikan Bermimpi".....





































.....dan sewaktu showcase Ramli Sarip Tenaga, Semangat & Bunyi di Hard Rock KL 19 Jun yang lalu, aku sempat berjumpa dengan Rocker Legenda ni dan minta di autografkan buku edisi terhad ni.