Wednesday, May 8, 2013

...ke gua kelawar

Suatu masa dahulu.....aku terbaca akan iklan ini. Wah, sang Batman nak datang buat signing buku, mesti pergi nih. Hahaha, sebenarnya yang nak datang menyain buku tu adalah Adam West, pelakon siri Batman tahun enampuluhan.



Inilah dia buku yang dimaksudkan. Nak beli buku ni senang je. Ambil dari rak, pi ke cashier dan bayor, dah settled.



Nak dapat autograf ni yang payah. Hari tu aku beratur sampai terkeluar bangunan. Yang datang lewat tak payah ceritalah, beratur keliling bangunan le jadinya.



Inilah dia rupa Adam West sewaktu sedang beraksi sebagai Batman dan rakan seperjuangannya Robin (lakonan Burt Ward).



Dan ini pula pasukan seteru favourite-nya, The Joker (Cesar Romero), The Penguin (Burgess Meredith) dan The Riddler (Frank Gorshin).



Kaset video Batman The Movie (1966).  Batman, Robin, tiga yang atas tu dan juga The Catwoman (lakonan Lee Meriwether). Seratus lima minit yang penuh aksi yang mendebarkan...hehehe.




Tapi,
kat mana aku boleh tala tape ni sekarang.....?


2 comments:

iaryylr said...

aduh bro! koleksi hebat nie sampai ada tanda tangan dan video tape, tapi tang tanda tangan itu yang lagi bernilai :) syabas!

Spallan said...

tq bro.... :)