Showing posts with label Nescafe. Show all posts
Showing posts with label Nescafe. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

baru.....tak baru aaa

Persembahan terbaru daripada Nescafé. Beli pek tigaratus gram boleh dapat set pelapik cawan edisi terhad. Sebenarnya set pelapik cawan ni dah pernah keluar dulu, sewaktu kehangatan sambutan ulangtahun Nescafé ke tujuhpuluh lima. Entah kenapa, diorang bikin satu kotak cantik dan pack sekali Nescafé dengan pelapik ni. Kiranya, takde la terhad sangat pelapik ni, dah melimpah-ruah kot kat stor diorang, itu yang jadi macam ni...hahaha. Dan memandangkan Nescafé kat rumah pun dah nak habis, ada le alasan konkrit nak beli sekotak.....





Friday, October 11, 2013

...koleksi beg musim panas

Memandangkan sejak Isnin hari tu posting aku asyik dengan produk Nestlé je, jadi hari ni aku kasi complete lah dengan koleksi beg-beg produk Nestlé yang telah berjaya aku himpun setakat ni. Layannn...


Beg 100 Tahun Nestlé Di Sisimu
(dapat masa perasmian sambutannya di Muzium Negara)



Beg Nespray
(dapat di Sure Heboh Danga Bay, JB)



Beg Nestlé Bliss
(dari promo pasaraya)



Beg La Cremeria
(dari promo pasaraya di Ipoh)


Beg LaCremeria
(juga dari pasaraya di Ipoh)



Beg KitKat
(sempena ulangtahunnya yang ke tujuhpuluhlima)



Beg KitKat
(sebelum keluarnya pek baru dengan Zizan sebagai duta KitKat)



Beg Maggi
(dapat masa pi Sure Heboh Danga Bay, JB)



Beg Maggi
(dapat sewaktu promosi Maggi Magic Meals)



Beg Maggi
(ke Kuala Selangor ni, promosi tebus kupon Maggi)



Beg Maggi
(kolaborasi dengan kedai Peranchis yang dah takde tu)



Beg Maggi
(macam yang di atas, tapi versi kedua,
tanpa slogan dan logo lebih besar)



Beg Milo Fuze
(versi boleh lipat-lipat)



Beg Milo
(ala pouch je, boleh buat simpan syling)



Beg Milo Kotak
(dari promo di kedai hijaukuning)



Beg Milo
(dapat masa legkapkan permainan Milo Breakfast)



Beg Kertas Milo
(dapat dari permainan Milo di Muzium Negara)



Beg Nescafé
(dari promosi pasaraya)



Beg Nescafé
(baru saja dapat minggu lepas)



Beg Nescafé
(ada versi warna lain, tapi ini je yang aku ada)



Beg Kertas Nescafé
(boleh masuk ka ni?...takpalah, yang ni je yang betul-betul free. dapat sempena sambutan ulangtahun Nescafé yang ke tujuhpuluhlima, depan pintu Menara TM KL)


Thursday, October 10, 2013

...bahaya hujung minggu

Bila pi jalan-jalan hujung minggu,
jumpa la benda-benda macam ni.....


Bila dah jumpa,
dah jadi kewajipan pula nak tengok dekat-dekat...


Bila dah dekat,
nampak le yang ni...


Maka, ter-belilah beberapa bungkus yang kat bawah ni...hahaha. Depa kata yang ni lagi cun dari yang dulu, sudah "Diperbaharui kata depa. Dulu panggil "Regular", la ni panggil "Original". Dulu "biasa je", la ni "strong" sikit".


Takpa lah. Yang penting souvenir bawak mai sini,
dan souvenir yang pertama ...satu set coaster Nescafé 3in1.








Yang ni pula apa dia?


...siap dengan slogannya.


Inilah dia beg Nescafé 3in1. Pada hari tu ada dua design. Yang ini dan yang satu lagi ada gambaq Nescafé 3in1 Rich (hijau). Saja aku pilih yang ni...ori sikit.




Dan souvenir yang terakhir...


Bekas minuman Nescafé tahan panas/sejuk.


Boleh le guna buat jalan-jalan,
.....kalau tak terus disimpan dalam kotak, hahaha.


Wednesday, September 25, 2013

...peraduan tanpa borang

Sedang aku asyik melayan perasaan berjalan-jalan di pasaraya, tiba-tiba terserempak pula dengan booth ni. Hmmm...cabaran Nescafé Ipoh White Coffee. Macam menarik...


Aku pun mendekati dan diterangkan bagaimanakah permainannya. Nampak nombor digital warna merah sebelah kanan tu? Haaa, sudah dua ratus enampuluh peserta yang mengambil bahagian. Boleh tahan...


Ok, permainannya mudah saja, aku kena minum dua cawan air kopi. Satu yang sebelah kiri tu (sila lihat gambar di bawah) dan satu lagi yang di sebelah kanan. Kemudian aku kenalah teka, yang mana satukah Nescafé Ipoh White Coffee dan yang mana satu bukan.


Hahaha...tanya kaki Nescafé macam aku ni, senapas je la aku teka, dan of course le jawapan aku tepat, padu lagi jitu.


Dan hadiahnya...
sample Nescafé Menu tiga beradik ni.


...ingatkan boleh menang sebahagian daripada dua perpuluhan enam juta tu, hehehe.


Monday, September 23, 2013

....eh baru ni

Beberapa paper cups dengan design terkini...

100 Plus





Fernleaf CalciYum




Nestle Corn Flakes




Kopiko L.A. Coffee




Nescafe 3in1




Quaker