Monday, January 27, 2014

kenapa susahkan hidup ku.....

Promosi kedai biru putih ni baru saja tamat seminggu dua yang lepas. Syaratnya....kena kumpul sticker macam yang kat bawah ni. Bagi pembelian lima puluh ringgit ke atas, customer akan dapat sebiji sticker. Kalau dalam pembelian tu termasuk barangan yang termaktub dalam senarai barangan promosi, boleh le dapat sebiji lagi sticker. Begitulah seterusnya sampailah cukup nas sepuluh sticker...



...maka dapat lah claim kotak
yang macam di bawah ni.


Kotak yang penuh warna-warni dan
menarik sekali.....haha.


Ok, dalam kotak ni pula ada satu beg hitam. Kalau nak ikutkan, isinya adalah salah satu karakter kartun yang gambarnya pada sisi kotak atas tu, karakter kartun Marvel atau Disney. Yang lecehnya, pada luar kotak takda sebarang tanda pun akan apakah isi kotak tu. Jadi, ini menjadikan kerja mengumpul complete set ini amat sukar dan tinggi belanjanya.


Walau bagaimana pun, setelah sedikit penelitian.... rupa-rupanya ada tanda yang memberi clue akan apakah yang ada dalam beg hitam penuh misteri itu. Cuba Tuan-tuan dan Puan-puan tengok betul-betul gambar bawah ni... nampak tak?


Meh, saya tolong dengan pen ajaib ni. Nampak tak huruf L tu? Haaa...sebenarnya huruf L tu menandakan dalam beg tu ada karakter Buzz Lightyear, huruf E (Sully), huruf K (Woody), huruf C (Mike), no.3 (Thor), no.7 (Hulk), no.8 (Captain America),  no.9 (Iron Man) dan no.10 (Spider Man). Namun...info ni tak berguna juga sebenarnya sebab setelah kita claim sekotak, bawa balik rumah, duduk kat meja makan dan koyak sampai rabak kotak, barulah kita dapat tengok huruf/nombor pada plastik hitam tu. Masa tu lah baru kita tahu samada kita dapat yang baru (belum ada) atau dah dapat yang double, triple atau quadruple.....kahkahkah.



The Mighty Thor



The Amazing Spider-Man



The Invincible Iron Man



The Incredible Hulk



Captain America



Mike Wazowski



James P. "Sully" Sullivan



Woody



Buzz Lightyear



...selamaaat.


4 comments:

Iaryylr yylriar said...

syabas Bro! saya seketul pun x ada, keh keh keh

Wak Gelas said...

wahh tahniahhnyer., wak cuma tinggal woody jeer x dapatt., uHHUuu

Spallan said...

Iaryylr
...tq bro, hehehe

Wak Gelas
...aduhhh, sebiji saja lagi wak. kena cari kat fb, pasti ada yang nak let go

diRaccolta said...

Wahh ..tahniah..aku sempat claim sekor je...yg lain out of stock...p sana abis..p sini abis..last2..burn! melebihi tempoh ..kalo tak boleh lah empat ekor..haha