Showing posts with label Spiderman. Show all posts
Showing posts with label Spiderman. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

boleh melekat di dinding?

...souvenir daripada adik aku, set cereal Spiderman yang complete dengan mangkuk dan sudunya serta lapik makan. Pergghhh, lepas ni boleh panjat dinding le.



Saturday, April 30, 2011

Friday, December 10, 2010

Lelaki Lelabah dan Kawan-kawannya...

Pada tahun 2006, Hasbro telah memperkenalkan set Marvel Heroes dalam siri Titanium Series Die-Cast. Dalam set ini beberapa karakter dari siri komik Marvel telah dipilih dan dijadikan model yang diperbuat daripada besi, complete dengan warna dan display standnya sekali. Aku sempat le menghimpun beberapa karakter untuk dijadikan koleksi yang dah masuk kotak...

Spiderman
.



Green Goblin




Doctor Octopus




Thursday, December 9, 2010

Sticker Retro...

Sticker Marvel yang memaparkan karakter Marvel dari zaman tujuhpuluhan. Gambar simple dan clear-cut serta warna yang cantik lagi menyerlah. Pose yang robust dan terkenal sehingga kini...


Kalendar 17 tahun dulu...

Kalendar Marvel dari tahun 1993 dan 1995. Sengaja aku simpan, boleh buat rujukan besok-besok kalau karakter-karakter ni di ubah rupabentuk atau kostumnya. (alasan untuk terus meng-collect)




Tangan Spiderman...

Replika tangan Spiderman ini sebenarnya adalah alat pemegang lollipop. Batang lollipop akan dimasukkan ke dalam lubang pada tapak tangan dan apabila suis ditekan, batang lollipop akan berpusing. Kononnya memudahkan proses menikmati lollipop. Macam-macam lah.....




Gula-gula Spiderman

Sewaktu kehangatan filem Spiderman dahulu, aku sempat juga beli gula-gula Spiderman ni. Saja ja buat kenang-kenangan...




Radio Spiderman

Ini pula adalah radio Spiderman 2 keluaran KFC pada tahun 2004. Tak ingat pula kena beli set apa untuk dapatkan radio ini. Tapi yang pasti radio kenit ini datang complete dengan headphonenya tersendiri dan boleh juga berfungsi sebagai lampu suluh. Hmmm.....

Jam Spiderman

Jam digital oleh KFC sempena filem Spiderman 2 yang ditayangkan pada tahun 2004. Design menarik yang membolehkan jam ini diklip pada seluar, beg dan sebagainya...


Thursday, November 4, 2010

Epson dan Spiderman

Yang ni aku tak berapa pasti macamana cara sebenar untuk memperolehinya, mungkin kena beli printer atau pun scanner baru boleh dapat. Yang pastinya, fridge magnet ni aku dapat daripada adik aku. Ceritanya begini, memandangkan kat peti ais adik aku tu ada tiga ketoi je fridge magnet aku pun saja test tanya, "bagi kat abang je lah magnet tu, ada tiga je kat situ". Dia pun terus menjawab, "oklah, tapi ambik yang spiderman je". Aikkk, dalam hati aku, memang itu lah pun yang aku nak, dua lagi tu magnet senduk dan periuk.....hehehe, tenkiu.


Sunday, July 4, 2010

Poskad Spiderman

Sekeping poskad bersaiz besaq gambaq spiderman yang masih ada dalam koleksi. Nak guna untuk pos kat kawan, harga setem dah naik jadi double, kena pula poskad saiz besaq, mau jadi triple. Masuk balik dalam kotak je la....


Wednesday, June 30, 2010

Spiderman dan Coca Cola

Poster Spiderman yang tengah Go For The Ultimate Refreshment ni diperolehi sewaktu melawat Pusat Sains Negara dahulu. Waktu tu sedang dijalankan pameran mengenai labah-labah, jadi dikaitkan sekali dengan Spiderman untuk menarik lebih minat para pengunjung.

Lelaki Lelabah

Ini pula adalah poster Spiderman. Yang membuat aku tertarik pada poster ini adalah cara ia dilukis iaitu painted dan karakternya adalah ala-ala realistik dan bukan seperti karakter dalam komik. Terus angkat, terus frame...


Tuesday, December 29, 2009

Poskad-poskad Komik

Poskad dari cover komik-komik