Showing posts with label Kit Kat. Show all posts
Showing posts with label Kit Kat. Show all posts

Friday, October 11, 2013

...koleksi beg musim panas

Memandangkan sejak Isnin hari tu posting aku asyik dengan produk Nestlé je, jadi hari ni aku kasi complete lah dengan koleksi beg-beg produk Nestlé yang telah berjaya aku himpun setakat ni. Layannn...


Beg 100 Tahun Nestlé Di Sisimu
(dapat masa perasmian sambutannya di Muzium Negara)



Beg Nespray
(dapat di Sure Heboh Danga Bay, JB)



Beg Nestlé Bliss
(dari promo pasaraya)



Beg La Cremeria
(dari promo pasaraya di Ipoh)


Beg LaCremeria
(juga dari pasaraya di Ipoh)



Beg KitKat
(sempena ulangtahunnya yang ke tujuhpuluhlima)



Beg KitKat
(sebelum keluarnya pek baru dengan Zizan sebagai duta KitKat)



Beg Maggi
(dapat masa pi Sure Heboh Danga Bay, JB)



Beg Maggi
(dapat sewaktu promosi Maggi Magic Meals)



Beg Maggi
(ke Kuala Selangor ni, promosi tebus kupon Maggi)



Beg Maggi
(kolaborasi dengan kedai Peranchis yang dah takde tu)



Beg Maggi
(macam yang di atas, tapi versi kedua,
tanpa slogan dan logo lebih besar)



Beg Milo Fuze
(versi boleh lipat-lipat)



Beg Milo
(ala pouch je, boleh buat simpan syling)



Beg Milo Kotak
(dari promo di kedai hijaukuning)



Beg Milo
(dapat masa legkapkan permainan Milo Breakfast)



Beg Kertas Milo
(dapat dari permainan Milo di Muzium Negara)



Beg Nescafé
(dari promosi pasaraya)



Beg Nescafé
(baru saja dapat minggu lepas)



Beg Nescafé
(ada versi warna lain, tapi ini je yang aku ada)



Beg Kertas Nescafé
(boleh masuk ka ni?...takpalah, yang ni je yang betul-betul free. dapat sempena sambutan ulangtahun Nescafé yang ke tujuhpuluhlima, depan pintu Menara TM KL)


Monday, August 26, 2013

rilek la.....lagi?

Apa pula tu.....?

Haaa...aku pun tak tahu apa nak panggil yang ni tapi, kalau kita ke pasaraya, biasanya kita boleh nampak benda ni pada rak khas diperbuat daripada kadbod yang memperagakan cokelat KitKat. Berada pada bahagian atas rak, boleh dikatakan macam headboard la juga. Headboard ini akan bertukar-tukar mengikut promosi yang terkini (...macam yang bawah tu, promosi yang melibatkan Zizan). Maka, bila tiba time nak ditukar dan sebelum headboard ni dihumban ke tong recycle maka aku pun selamatkanlah terlebih dahulu, mana yang sempat la ya. Dan nampaknya aku sempat yang dua ketul ni je..... (hehehe, nak try dapatkan yang versi Raya pula).




Monday, August 19, 2013

...rilek laaa

Sewaktu meronda di pasaraya hujung minggu yang baru lepas ni, terjumpalah aku akan cokelat KiKat yang dibungkus sebegini rupa...


Agak keras juga bila di pegang, dan sekali pandang memang tak perasan apa isinya. Apa taknya, nampak warna macam sama je...


Namun setelah diteliti,
laaa...kat dalam ada tray KitKat rupanya.


Memandangkan harga yang biasanya dalam belasan ringgit dah turun bawah sikiiiiit daripada lapan ringgit, maka aku pun belilah tiga bungkus...


...hahaha, saja beli lebih buat simpan.


Friday, August 16, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~ maaf zahir dan batin ~

...ooops, dah hari raya kesembilan rupanya. Cepat betul masa  berlalu ya. Jadi, sempena bulan kemenangan ni, pastinya yang paling sakan meriah sana-sini adalah budak-budak ya tak? Apa taknya, boleh meronda ke sana-sini kumpul duit raya. Asal nampak rumah yang ada pelita kat luar, main redah je bagi salam dan masuk. Pekena kuih dua tiga biji, ayaq soda seteguk dan minta diri. Lepas tu apa lagi, dapat le duit raya. Best betul jadi budak-budak ni...hahaha. 

Bagi yang dah tua-tua macam aku ni, kirim salam le nak dapat duit raya. Bagi duit raya lagi ada...hahaha. Kalau duit raya dah tak dapat nak kumpul, dapat kumpul sampul duit raya pun jadi laaaa.... Inilah dia sampul duit raya tahun ini yang sempat diselamatkan...

CIMB
(adik bagi)



Tenaga Nasional Berhad
 (adik bagi)



KitKat
(kena beli cokelat)



United Overseas Bank
(Cik Nona bank bagi)



Maybank
(brader tukar duit baru bagi)



Chili's
(tukang jaga tetamu bagi)



Petron
(taukeh stesen sendiri yang bagi)



Big Apple
(tukang bungkus donut yang bagi)



Giant
(Cik Nona customer service yang bagi)



NGC Energy
(brader hantar gas yang bagi)



Prudential
(adik ipar yang bagi)



EssoMobil
(...sampul Petron habis,
brader cashier bagi yang ni pula)



Pharmaton
(Cik Nona CARiNG Pharmacy yang bagi)



Al Rajhi Bank
(makcik aku bagi
...kenapa tak isi sekali maksu oooi)



CARiNG Pharmcy
(Cik Nona farmasi yang bagi)



Giant
(anak buah yang bagi
....dia pun kumpul juga)



Pepsi
(brader 7-11 yang bagi)



Buraoil
(adik ipar yang bagi)



7-Eleven
(brader foreigner kerja 7-11 yang bagi)



Mercato
(Cik Nona cashier yang bagi)



Tesco
(bukan Nabil yang bagi,
tapi Cik Nona customer service bagi)



Mid Valley Megamall
(yang ni sampul kepada sampul duit raya...)


Ini baru sampul duit rayanya.
(ini semua...adik ipar aku bagi)




Habib Jewels
(sepupu aku yang bagi)





Terima kasih semua yang telah bagi kat aku sampul-sampul raya yang menarik ni...tahun depan bagi lagi ya....