Showing posts with label Videos. Show all posts
Showing posts with label Videos. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

...ke gua kelawar

Suatu masa dahulu.....aku terbaca akan iklan ini. Wah, sang Batman nak datang buat signing buku, mesti pergi nih. Hahaha, sebenarnya yang nak datang menyain buku tu adalah Adam West, pelakon siri Batman tahun enampuluhan.



Inilah dia buku yang dimaksudkan. Nak beli buku ni senang je. Ambil dari rak, pi ke cashier dan bayor, dah settled.



Nak dapat autograf ni yang payah. Hari tu aku beratur sampai terkeluar bangunan. Yang datang lewat tak payah ceritalah, beratur keliling bangunan le jadinya.



Inilah dia rupa Adam West sewaktu sedang beraksi sebagai Batman dan rakan seperjuangannya Robin (lakonan Burt Ward).



Dan ini pula pasukan seteru favourite-nya, The Joker (Cesar Romero), The Penguin (Burgess Meredith) dan The Riddler (Frank Gorshin).



Kaset video Batman The Movie (1966).  Batman, Robin, tiga yang atas tu dan juga The Catwoman (lakonan Lee Meriwether). Seratus lima minit yang penuh aksi yang mendebarkan...hehehe.




Tapi,
kat mana aku boleh tala tape ni sekarang.....?


Sunday, December 26, 2010

Tricorder & Video

Dalam siri Star Trek The Original Series, alat yang seperti dibawah ini dipanggil Tricorder. Diantara fungsinya adalah sebagai sensor untuk mengimbas (scan) keadaan sekeliling disamping digunakan untuk merakam dan menganalisa data (maklumat). Walau bagaimana pun yang dibawah ini bukanlah Tricorder yang sebenarnya malah ia hanyalah packaging kepada video yang direkabentuk seakan-akan Tricorder. Packaging edisi terhad ini mengandungi video klasik Star Trek dengan dua episod cerita iaitu "The Trouble With Tribbles " dan "The City On The Edge Of Forever". Disamping itu terdapat juga "William Shatner's Star Trek Memories" dan sebuah buku dua belas mukasurat collector's edition.





Video Star Trek Percuma...

Filem Star Trek: First Contact adalah filem ke lapan dari francais filem Star Trek. Jadi, sempena filem ini dan juga sempena sambutan ulangtahun Star Trek yang ke tigapuluh, Universal International Pictures (UIP) telah menerbitkan video khas ini yang dihoskan oleh Jonathan Ross (seorang pengacara televisyen dari BBC). Video ini antara lain memberi "sneek-peek" dan cara pembikinan filem First Contact. Bagi mendapatkan video ini pula, token dari akhbar The Sun (UK) perlu dikumpul dan apabila sudah cukup dan lengkap syaratnya bolehlah ditukarkan bagi mendapatkan video ini daripada WHSmith.
.


Monday, November 23, 2009

Videos - Lagu-lagu Sukaramai...







Videos - Filem-filem Jet Li

Waktu kecik dulu kalau cakap pasal kung fu je mesti ingat nama Jacky Chan. Menjelang dewasa, nama Jet-Li pula yang naik. Famous dengan teknik no-shadow kick-nya, pergerakan kung fu-nya sangat cergas dan pantas. Ini adalah filem-filemnya sebelum dia ke Hollywood...





Videos - Painted Skin

Filem ini adalah dari tahun 1993 dan "remake-nya" adalah pada tahun 2008 (lakonan Donnie Yen). Versi ini antara lain dilakonkan oleh Sammo Hung dan Joey Wong. Dan seperti cerita tadi, ada cinta dan ada fast-action kung fu...layan.


Videos - A Chinese Ghost Story I & II

Kisah percintaan diantara manusia dengan hantu. Ada romance, ada horror, ada kelakar, tapi yang paling penting ada kung fu, yeahhh...


Videos - Abang 92 & Pemburu Bayang

Abang 92
Filem lakonan Azhar Sulaiman,
Deanna Yusuf dan Dato' Rahim Razali
*
Pemburu Bayang
...dua rockers berlakon, Awie dan Ella
*

Videos - Fantasi (filem Melayu yang kena ban)

Sebuah filem Aziz M Osman yang dikeluarkan awal 90an. Pelakon-pelakon terdiri daripada Erma Fatima, Faizal Hussein, Mustafa Kamal, Melisa Saila dan Kuza. Dah kira hebat tu... Tapi malangnya filem ni kena ban mungkin sebab terlalu banyak elemen-elemen tahyul. Habis tu, nama pun Fantasi kan... Macamana pun, kuasa-kuasa besar waktu tu menganggap cerita ini agak keterlaluan dan terus kena gam. Setelah beberapa lama, mugkin setelah banyak bahagian kena potong, akhirnya cerita ni keluar juga, dan nilah hasilnya...



Videos - Filem Inggeris











Videos - Snooker

...tontonan sewaktu kaki snooker dulu


Videos - Twilight Zone (buat sendiri)

Episod siri The Twilight Zone (1960an) yang aku rakam dari TV, dibuatkan cover dan dimasukkan ke dalam kotak. Amacam, ok ka?





Videos - Rocky

Bagi aku, ni la cerita tinju paling best...