Showing posts with label Souvenir Berjenama. Show all posts
Showing posts with label Souvenir Berjenama. Show all posts

Monday, November 18, 2013

mmm...boleh ambil ka ni?

Jalan-jalan hujung minggu di kedai hijaukuning, jumpa pula dengan yang bawah ni. Cadbury ni hari tu buat survey variasi cokelat mana yang disukai dan digemari orang ramai...



...tapi kali ni lain pula. Diorang cuma nak bagi pengunjung meng-sampel saja di samping memberikan sticker-sticker percuma seperti yang bersusun tu. Cokelat free dan sticker free. Memang le satu kombinasi terbaik. Settled meng-sampel, aku ambil satu set sticker yang ada buat kenang-kenangan.



Ok, layan sticker hari ni.....







Oh ya, kat situ hanya ada enam sticker saja, jadi bagi melengkapkan set ni kepada tujuh sticker variasi cokelat Cadbury dengan pembalutnya yang terkini, aku telah dapatkan sticker yang terakhir ini dari kedai hijaukuning cawangan lain. Perghhh...boleh tahan kena kerja juga nak kasi complete.


Friday, November 15, 2013

hero bawa martul


Pada satu hari tu aku mendapat panggilan telefon dari cousin aku yang memberitahu aku perlu ke stesen LRT Kelana Jaya pada pukul sebelas pagi. Katanya boleh dapat tiket iMax percuma untuk menonton filem Thor The Dark World. Memandangkan time tu aku tengah free sikit, aku pun terus ke sana. Di stesen aku pun bertanya brader yang bertugas di kaunter, ada ka promo tiket free kat platform di atas tu. Brader tu pun beritahu, "tak ada apa-apa pun, saya ni baru je turun dari atas". Aduh, cousin aku ni bagi salah info ka...

Dalam aku dok sembang dengan brader tu, Cik Kak rakan sejawat pula turut bertanya, "abang cari tiket Thor TGV tu ka? Semalam diorang ada buat di stesen KLCC, tak dengar pula ada nak buat di sini hari ni". Dia sambung lagi, "atau mungkin dah habis kot bang". Lepas tu dia pun bangun dan ambil handbag-nya sambil bertanya, "abang cari yang macam ni kan (menunjukkan keratan untuk mendapatkan tiket iMax percuma)?". Aku pun jawab, ya betul, tu lah dia. Katanya lagi, "kalau abang nak, abang ambillah yang ni. Saya ada extra...". Oh, mulia sungguh hati Cik Kak ni. Boleh dia bagi aku satu, demi tidak menghampakan hasrat aku yang datang berbatu-batu jauhnya untuk dapakan tiket Thor tu. Aku pun ucapkan terimakasih yang tak terhingga.

Tapi...biasa lah. Jiwa kental ni agak susah sikit nak berpuas hati. Alang-alang aku dah sampai kat stesen ni, biar aku check  sa-round kat platform tu. Biar aku puas hati memang takda tiket free kat situ. Jadi aku pun belilah tiket tujuh kupang satu dan naik ke platform tren. Ronda punya ronda kat atas tu, sahlah memang takda nampak pun gaya-gaya macam ada tiket free Thor. Oklah, kalau memang dah takda takpalah.

Tiba-tiba aku ternampak dua orang ni tengah buat kerja...


Laaaaa....patut la brader dan Cik Kak tu tadi kata takda,
diorang ni baru nak pasang rupanya.


Hahaha...inilah dia rupa poster filem Thor tu. Kita perlu koyakkan keratan dari poster dan claim tiket free di panggung TGV.


Tempat di mana poster dengan keratan akan ditampal.


Sedang menampal...


...dah siap. Sila ambil satu katanya.


Dan inilah dia rupa keratan
yang dikoyak dari poster.


Siap dengan badge Thor.


Maka pada Sabtu lepas jam tiga ke petang aku pun sampai le ka TGV One Utama untuk claim tiket free iMax.


Boleh tahan ramai juga yang datang...


Dah bagi keratan, dapat pula kupon. Kupon ni pula nanti boleh ditukar dengan tiket iMax bila-bila aku nak tengok filem tu nanti.



...efek Sebelum dan Selepas


Wednesday, November 13, 2013

...berapa banyak nak kena belanja ni?

Jalan-jalan di kedai biruputih,
ternampak pula aku akan poster ni...


Lepas tu jumpa pula lelaki besi...


si kayu...


abang hijo...


dan sang kapten.


Ooooo...ada promosi mainan kenit rupanya. Inilah dia karakter-karakter yang ditawarkan. Semua yang aku tunjuk ni yang ada di display kat kedai biruputih, belum jadi milik aku lagi.



Syarat mendapatkannya, setiap pembelian limapuluhringgit, pelanggan akan mendapat satu sticker. Kalau dalam pembelian tu ada pula produk yang terbabit dalam promosi ini, boleh le dapat satu lagi sticker extra. Sticker-sticker tu pula kenalah dilekatkan di sini....


Setiap sepuluh sticker, boleh le claim sebiji karakter tu secara percuma atau, kalau nak cepat sikit claim, bila dah cukup lima sticker, tambah le dengan membayar empat ringgit sembilanpuluh sen, boleh le dapat sebiji.


Tetapi.....bila nak claim nanti, mainan ini didatangkan dalam kotak kenit. Tiada sebarang tanda yang memberitahu akan apakah karakter didalamnya. Goncanglah macam mana pun, takda keluar suara yang nak bagitau kita apakebendenya yang ada kat dalam tu. Jadi, kalau nak complete-kan set ni, mungkin agak sukar sikit. Kecualilah kalau boss kedai biruputih tu bagi satu set display macam di atas sana tu.....

Tuesday, November 12, 2013

...oh Amy

Sewaktu melenggang kangkung di kedai orenbesar, terberhenti pula aku di booth Maggi. Ahaaa...ada sesuatu yang baru. Bukannya produk baru tapi souvenir yang baru...hahaha. Ada buku nota Maggi Cukup Rasa Amy Mastura, ada fridge magnet dan juga tuala kenit. Syaratnya, beli produk Maggi berjumlah sepuluh ringgit (tidak termasuk mee Maggi) dan aku boleh pilih salah satu daripada tiga souvenir yang aku sebutkan tadi. Tapi biasalah, bila dah beli barang sepuluh ringgit dan pilih buku nota tu, sambil memasang muka manis aku pun sajalah tanya kat Cik Amoi Maggi tu, boleh bagi sekali ka fridge magnet satu... Sambil tersenyum balik, Cik Amoi pun bagi. Bak kata orang putih...works like a charm.

fridge magnet



buku nota








Monday, November 11, 2013

...dulu putih saja

Kadang-kadang bila hendak membeli sesuatu produk kita mungkin berhadapan dengan dua jenis barang dari produk yang sama. Yang ada souvenir dan yang takda souvenir. Benda yang sama, harga yang sama, dibungkus pun dengan cara yang sama cuma seperti contoh di bawah ini, ada calet hijau sikit kat hujung tu dan ada benda lain melekat padanya.

Macam Cik Kak yang membeli produk ni hari tu, sambil lalu dengan trolinya, terus mencapai sekotak minyak ikan emulsi dari rak dan beredar ...senapas, tanpa perlu pikir panjang. Aku ni lain sikit. Bila nampak je yang ala-ala extraordinary pada bungkusan, mulalah nak belek tu lama sikit. Hahaha...dan inilah hasilnya.







Thursday, November 7, 2013

...bukan sekadar celup dalam teh O

Aku rasa dah bermacam-macam juga buku dan booklet termasuklah kad-kad resepi yang aku ada. Dari masakan yang berasaskan sos-sos istimewa lagi mengasyikkan, sehingga ka yang berasaskan teh serta pelbagai minuman yang memberangsangkan, dan juga masakan-masakan dari kaum Cina, India, Melayu dan kaum-kaum etnik Malaya yang serba-serbi lazat dan berkhasiat, termasuklah resepi-resepi makanan Barat hinggalah ke Timur Tengah. Dalam banyak-banyak tu (walau pun belum satu pun aku dah try masak...) ini adalah kali pertama aku dapat booklet resepi yang berasaskan biskut. Ya Tuan-tuan dan Puan-puan, dengan menggunakan biskut Munchy's Oat Krunch, pelbagai variasi makanan dan minuman menakjubkan boleh disediakan. Hebat. Aku baru saja dapat booklet resepi ni dari kedai hijaukuning. Syaratnya mudah saja, beli satu pek biskut dengan harga istimewa enamringgit lebih, Cik Amoi pun bagilah aku satu booklet ni. Tapi, pek dah tinggal setengah, resepinya masih belum dicuba lagi...hmmm.










Wednesday, November 6, 2013

teh C satuuu...

Biasanya kalau paper cup merah menyala macam ni mesti Nescafé punya, tapi yang ini adalah daripada Carnation. Dari keluarga produk Nestlé juga...kira sama geng la tu.


Ok, souvenir-nya kali ni ada dua.
Yang di bawah ni adalah buku nota kecilnya.


Ada penutup macam ni...


...dan bila dibuka,
jadi panjang macam ni.


Siap ada resepi dan teknik membikin omellete.
Mmmmm...


Dan ini dia souvenir yang satu lagi,
bekas minuman yang tahan panas dan juga tahan karat.


Jangan tak tahan lama sudah...hahaha.


Oh ya, semua ni diperolehi dengan membeli
empat tin susu cair Carnation di kedai hijaukuning.