Wednesday, November 13, 2013

...berapa banyak nak kena belanja ni?

Jalan-jalan di kedai biruputih,
ternampak pula aku akan poster ni...


Lepas tu jumpa pula lelaki besi...


si kayu...


abang hijo...


dan sang kapten.


Ooooo...ada promosi mainan kenit rupanya. Inilah dia karakter-karakter yang ditawarkan. Semua yang aku tunjuk ni yang ada di display kat kedai biruputih, belum jadi milik aku lagi.



Syarat mendapatkannya, setiap pembelian limapuluhringgit, pelanggan akan mendapat satu sticker. Kalau dalam pembelian tu ada pula produk yang terbabit dalam promosi ini, boleh le dapat satu lagi sticker extra. Sticker-sticker tu pula kenalah dilekatkan di sini....


Setiap sepuluh sticker, boleh le claim sebiji karakter tu secara percuma atau, kalau nak cepat sikit claim, bila dah cukup lima sticker, tambah le dengan membayar empat ringgit sembilanpuluh sen, boleh le dapat sebiji.


Tetapi.....bila nak claim nanti, mainan ini didatangkan dalam kotak kenit. Tiada sebarang tanda yang memberitahu akan apakah karakter didalamnya. Goncanglah macam mana pun, takda keluar suara yang nak bagitau kita apakebendenya yang ada kat dalam tu. Jadi, kalau nak complete-kan set ni, mungkin agak sukar sikit. Kecualilah kalau boss kedai biruputih tu bagi satu set display macam di atas sana tu.....

5 comments:

Wak Gelas said...

wak dh claim dpt mike monster inc kaler ijo tuu.,ehHHEe

Illa Shanahila said...

wah! best2. kartun pun comey!

Spallan said...

Wak Gelas
...terbaikkk bro, saya masih dok kumpul sticker lagi hehehe

Illa Shanahila
...memang best, kalau dapat semua lagi syok

Goh LinLin said...

These retailers ar, once they make it 2 difficult 2 collect . Might go the Shell ferrari way

Spallan said...

Sangat betul tu. Kalau dah jadi susah nak complete-kan set, nanti orang tinggalkan saja. Interest sudah hilang...