Showing posts with label Hal Komputer. Show all posts
Showing posts with label Hal Komputer. Show all posts

Friday, April 26, 2013

bukan i-pad, tapi...

Pastinya dah ramai yang menggunakan komputer sekarang ni dan setiap komputer tu pasti ada mouse-nya, ya tak? Sesetengah pengguna notebook/laptop pula ada yang pakar menggunakan touchpad. Guna jari saja dah cukup untuk menggerakkan cursor tu ke mana sahaja atas skrin dengan cepat dan tepat.

Aku ni pula, yang datangnya dari zaman komputer 386, 486, VGA colour dan SVGA (itu belum aku sebut pasal DOS dan Wordstar lagi...hahaha), macam mana sekali pun mesti nak guna mouse juga. Kalau guna touchpad tu mau petang baru siap kerja aku.....

Jadi, kalau dah ada mouse tu, kena lah ada mousepad-nya dan mousepad ni pula biasanya dapat free je, tak payah nak beli-beli. Kalau yang jenis beli tu dah tentu yang canggih, mahal dan ada elemen-elemen mengelak RSI (repetitive strain injury).

Maka inilah dia beberapa mousepad dari tahun sembilanpuluhan. Kenapa aku simpan, aku pun tak berapa pasti, tau-tau je semuanya dah masuk kotak...








Saturday, February 26, 2011

tujuh tahap kesabaran...

Ni dia game komputer Batman Returns keluaran Konami pada tahun sembilanbelas sembilanpuluh empat. Sebelum mula bermain, kenalah install kesemua disket yang ada. Ini memerlukan kesabaran tahap ke tujuh kerana perlu menunggu setiap satu disket siap "dibaca" dan digantikan satu persatu. Setelah itu, perlu menunggu pula kesemua data diproses oleh komputer peribadi agar game dapat di "launch".
.
Ok, agar game ini dapat berjalan dengan lancar, syarat-syarat yang perlu ada pada komputer peribadi adalah, mempunyai Drive A, DOS 3.3 atau lebih tinggi, ruang hard drive melebihi 20mb, grafik VGA 256-colour dan sound card Sound Blaster-compatible. Ahaaa, amacam, boleh cari komputer yang macam ni sekarang? Dan, kalau bernasib baik, lepas install bolehlah terus bermain. Kalau nasib ada kureng sikit, ada masalah dengan high memory ka, kena adjust config.sys atau autoexec ka, IRQ settting ka, sound tak keluar ka dan macam-macam lagi, kenalah cari info kat majalah-majalah komputer atau tulis surat kat Konami. Hehehe, bukannya senang nak main game komputer dulu-dulu...




Friday, January 8, 2010

Ini bukan Bigfoot dari Johor

Meneruskan posting mengenai barangan komputer, kat bawah ni ialah drive (pemacu...?) untuk disket yang biasa kita gunakan tak lama dulu, disket plastik bersaiz 3.5" (1.44mb). Lebih senang dipanggil dengan nama manjanya, drive A (sebab kat komputer ada tulih A: ...), penggunaannya mudah saja, masukkan disket dan terus boleh pakai. Oleh kerana kapasitinya yang sangat kecil, dalam tahun 90an Imation telah mengeluarkan satu lagi drive yang bentuknya sikit lebihkurang dengan yang ni cuma lebih canggih. Ia dipanggil SuperDisk atau LS-120. Disketnya boleh menyimpan data sehingga 120mb (masa tu kira besar la...) dan drive-nya boleh "read" disket-disket lama (1.44mb). Aku sempat juga menggunakan LS-120 ni tapi tak berapa lama. Lagi pun tak berapa laku drive ni sebab pertamanya, disketnya agak mahal dan keduanya, tak ramai yang menggunakan drive ni, jadi tak sesuai untuk dibawa ke mana-mana (mana nak di tala disket ni kalau tak semua yang ada drive-nya, hehehe...). Sayangnya aku takda pula simpan disket dan drive ni....



Drive A



...buatan Malaysia


Ni pula adalah koleksi harddisk tahun 90an yang masih dalam simpanan. Kalau tak silap, semuanaya bersaiz kurang dari 10Gb. Kalau sekarang, harddisk yang kurang dari 10Gb macam yang ni memang buat gelak je, senapass je boleh penuh...
*
harddisk Conner
(model ni dah diberhentikan pembuatannya)






harddisk Maxtor (...Singapore mari)





Yaaaa, ni dia harddisk Bigfoot. Memang kena dengan namanya, harddisk ni memang besar gedabak. Tengok sajalah gambar perbandingan kat bawah tu...





1 Bigfoot = 2 smallfeet



Wednesday, January 6, 2010

5.25 inci...

Sebelum adanya thumbdrive dan sebelum adanya portable hard drive dan CD, inilah dia media yang digunakan untuk menyimpan data dan pelbagai perisian. Floppy Disk ni agak besar saiznya, 5.25 inci, agak lembik dan boleh digunakan sebagai kipas bila perlu, haha. Oleh kerana sifatnya yang lembik itu (sebab tu dipanggil floppy), kenalah ada kotak untuk menyimpannya bila hendak dibawa ke mana-mana. Kalau tak, boleh terlipat dan rosak, haru.....
*
Ni la kotak yang dimaksudkan (dapat free sebab beli 10 keping disket). Ok, cuba tengok kat bawah kotak tu, ada tulis, 5.25" Mini Floppy Disk. Laaaa, 5.25 inci ni mini rupanya. Hehe, kalau tak mini, yang lagi besar dari ni saiznya 8 inci, aku pernah tengok la dulu tapi tak ada dalam koleksi aku sebab tak pernah guna pun. Kalau disket pun dah 8 inci, berapa besar la floppy drive dia...



floppy disk 5.25", macam-macam brand ada




Waktu dulu, hard disk adalah terlalu kecil, tak macam sekarang, beratus-ratus Gigabyte saiznya, 2 hingga 4 Terabyte pun dah ada. Disebabkan itu, perisian yang diperlukan untuk start-kan komputer disimpan dalam floppy disk ni. Jadi, kalau nak start komputer, mula-mula floppy disk dimasukkan ke dalam drive, lepas tu baru "on" komputer. Komputer akan terus membaca perisian dalam floppy disk tu dan barulah komputer boleh digunakan. Perisian yang dimaksudkan adalah seperti yang kat bawah ni, DOS (Disk Operating System). Bila komputer dah "hidup" barulah boleh guna Wordstar....hehehe


kasi keluar dari sleeve







disket 3.5" (kotaknya) yang biasa digunakan hari ini



Tuesday, January 5, 2010

Sudah potong...?

Ni dia, satu masa dulu raja segala modem. Dialah diantara yang paling laju, nak download ka, nak upload ka, berapi beb.... Menggunakan sistem dial-up, tekan nombor, tunggu dan dengar bunyi screeeeecccchhhh, sampailah connected, lepas tu boleh layan internet. Aaahhh, indah sungguh masa tu. Hahaha 28800kbs, kalau nak download movie berapa hari nak siap.....
*
Model ni adalah keluaran US Robotics. Ada dua jenis yang dikeluarkan bergantung kepada kemampuan kelajuannya iaitu 14400kbs dan yang ini, 28800kbs. Aku guna ni di zaman Windows 3.11 for workgroups dan di zaman awal Windows'95. Hehe, dah lama tuh... Walau pun kuasa men"download"nya adalah kecil berbanding sekarang, tapi pada zaman tu ini dah mencukupi. File-file yang hendak dimuat turun dari internet tak la sebesar sekarang dan web content tak seberat hingga memerlukan perisian yang power untuk menjalankannya. Kira oklah tu.....

Ada suis yang perlu di"on"kan sebelum diguna. Bila ada connection, petak-petak kecil tu akan menyala (merah). Tapi awas, kalau guna time hujan, ada kilat sabung-menyabung, ada kebarangkalian nak kena sambar dan menjadi hangit...