Ni dia game komputer Batman Returns keluaran Konami pada tahun sembilanbelas sembilanpuluh empat. Sebelum mula bermain, kenalah install kesemua disket yang ada. Ini memerlukan kesabaran tahap ke tujuh kerana perlu menunggu setiap satu disket siap "dibaca" dan digantikan satu persatu. Setelah itu, perlu menunggu pula kesemua data diproses oleh komputer peribadi agar game dapat di "launch".
.
Ok, agar game ini dapat berjalan dengan lancar, syarat-syarat yang perlu ada pada komputer peribadi adalah, mempunyai Drive A, DOS 3.3 atau lebih tinggi, ruang hard drive melebihi 20mb, grafik VGA 256-colour dan sound card Sound Blaster-compatible. Ahaaa, amacam, boleh cari komputer yang macam ni sekarang? Dan, kalau bernasib baik, lepas install bolehlah terus bermain. Kalau nasib ada kureng sikit, ada masalah dengan high memory ka, kena adjust config.sys atau autoexec ka, IRQ settting ka, sound tak keluar ka dan macam-macam lagi, kenalah cari info kat majalah-majalah komputer atau tulis surat kat Konami. Hehehe, bukannya senang nak main game komputer dulu-dulu...
2 comments:
Kiranya ni game yang paling canggih dan paling besar filenya pada masa tu ye! jenuh juga nak menunggu habis di install,kalau sekarang rasanya 1 minit dah siap.
sekarang bukan setakat seminit siap, grafik dah lebih canggih, sound pula dah lebih power... itulah dia kemajuan.
Post a Comment