Thursday, February 10, 2011

Kisah si anak kucing

Sylvester J. Pussycat Jr. adalah anak kepada Sylvester. Lebih dikenali sebagai Sylvester Junior atau kadang-kadang sebagai “Spoiled Brat”, kemunculannya pada kaca televisyen bermula sejak tahun 1949 dan biasanya bersama dengan bapanya Silvester dan jarang sebagai karakter solo. Kalau dari segi rupa, dia ni sebiji macam bapa dia, dengan bulu hitam dan putih ala tuxedo, cuma kepala dia saja yang agak besar sikit. Mungkin ini yang menyebabkannya nampak kiut sikit...hmmm.
.
Berumur tiga setengah tahun, si junior amat menghormati bapanya cuma apabila bapanya melakukan perkara-perkara tak masuk akal dan memalukan dia akan seperti menyesal dan berasa malu diatas tindakan bapanya sehingga kadang-kadang menutup muka dengan beg kertas sambil berkata "Oh father...".
.
Dibawah ini adalah dekor berupa Sylvester dan anaknya Sylvester Junior. Dua beranak ini pergi memancing dan masing-masing sedang melihat hasil tangkapan yang diperolehi. Nampaknya si bapa seperti tak berpuas hati dengan tangkapan anaknya yang jauh lebih besar….




3 comments:

iaryylr said...

Wah, kesinambungan tadi, sebab dalam pot tadi tak ada ikan cuma tumbuhan, baru pergi memancing, Bro ikan air tawar ketu? he he he!

Spallan said...

hahaha...cerita sambung-sambung, macam siri tv la pulak. takpa, kasi layan bro...

Fyp - FaisaL said...

hahahahahaaaa...suweeetttt sgttt...