Wednesday, February 23, 2011

bye-bye hypermarket...

Selepas pembukaan Giant yang pertama pada tahun 1999 dan sebelum hadirnya Tesco pertama pada tahun 2002, telah wujud satu gudang jualan barangan runcit ala hypermarket bernama Booker Ria. Mempunyai cawangan di Jalan Tandang Petaling Jaya, cawangan utamanya adalah di Johor Bahru dan diikuti oleh cawangan di Batu Pahat. Aku sempat jugalah merasa membeli belah kat Booker Ria ni sebelum ia melabuhkan tirai dan berhenti beroperasi. Dibawah ini adalah kad program pengumpulan setem loyalti yang dianjurkannya suatu masa dahulu.



2 comments:

nikths said...

kalau tak silap Booker ni berniaga secara pukal,peniaga2 runcit membeli secara pukal dan ada kad keahlian seperti Makro.Beberapa tahun kemudian dibuka kepada orangramai dan boleh membeli dengan kuantiti sedikit(kedai runcit.Strategi perniagaan keahlian kpd orangramai ini kemudian diikuti oleh Makro.Masa tu Booker,Carrefour dan Makro di JB bersaing kerana berada dalam kawasan yg sama.Giant dan Tesco masih belum wujud lagi di JB.

Spallan said...

info yang menarik, tq bro