Sunday, February 27, 2011

misteri kotak hitam

Pada tahun 2005 Focus Point, rangkaian kedai cermin mata terkemuka ini telah menjalankan promosi barangan Batman sempena filem Batman Begins. Seperti biasa, bila mai tang Batman ni aku ada goyang sikit. Maka pada suatu hari yang free aku pun singgah le kejap untuk check-it-out...
.
Dalam tengah dok meneliti tu, terpandang pula aku akan kotak hitam ni dicelah daun pintu ofisnya yang terbuka. Dengan kebal dan penuh selamba aku pun buat-buat tanya dengan Cik Amoi yang bertugas. "Apa tu....?". Dia pun jawab "itu tin mau simpan key charm, tak jual punya...". Oleh kerana ada perkataan "tak jual" tu yang buat aku lagi hendak dapatkan kotak tu. Maka bermulalah sessi ayat pengasih aku, bukan nak adjust Cik Amoi tapi nak dapatkan kotak Batman...
.
Susah juga nak adjust. Dia kata tak bolehlah, ada satu sajalah, nanti takda tempat nak simpanlah dan macam-macam lagi. Tapi ayat punya ayat akhirnya dia kata tak boleh bagi free, kalu mau beli baru boleh, itu pun dia kena tanya manager dia dulu. Aku pun bersetuju. Setelah beberapa minit dia pun kembali, dia tersenyum aku pun tersengih....



Beg kertas buat simpan kotak kat atas tu. Ini yang dikatakan kill two birds with one stone, hehehe kotak dapat beg pun dia bagi sekali...



kotak buat isi...

2 comments:

nikths said...

tahniah bro..dengan jayanya dapat meng 'tackle'(bukan amoi) kotak hitam tersebut.Bro memang berani dan bersemangat waja ...ha ha ha..

Spallan said...

ahaaa, benda yang mahu, tak boleh dibuat tak tahu, kalau dah berlalu, hati yang sayu... betul tak bro :)