Sunday, February 6, 2011

Filem Batman yang kena potong...

Batman & Robin merupakan filem Batman yang keempat. Ditayangkan pada tahun 1997, watak Batman dilakonkan oleh George Clooney dan Robin pula oleh Chris O'Donnell disamping watak-watak villain yang lain seperti Poison Ivy oleh Uma Thurman dan Mr Freeze oleh Arnold Schwarzenegger. Oh hampir terlupa, ada seorang lagi iaitu Batgirl, hasil lakonan Alicia Silverstone..
.

Peket merah di atas adalah pembungkus bagi kad set ini. Dikeluarkan oleh Fleer/Skybox International pada Jun 1997, terdapat enampuluhenam kad yang menggunakan format letterbox atau widescreen dalam set ini.
.
Tetapi, yang membezakan set kad ini dengan set kad filem Batman yang lain adalah kad yang di bawah. Ia adalah Celluloid Action Card di mana pada bahagian tengah kad adalah sepotong frame yang diambil dari filem original Batman & Robin. Terdapat enam kad kesemuanya namun aku hanya ada yang sekeping ini. Bernombor C-3, kad yang aku ada ini mempunyai frame dengan gambar Poson Ivy.
.
Bukan senang nak dapatkan kad ini dulu. Kebarangkalian bagi memperoleh kad Celluloid ini adalah 1:24. Maksudnya dalam duapuluhempat peket merah seperti di atas, hanya ada sekeping sahaja kad Celluloid ini. Kalau bernasib baik beli duapuluhempat peket dapatlah sekeping kalau tidak......harulah jawabnya. Tapi bagi aku nasib memang baik sebab aku tak perlu beli satu peket pun, pasai apa..... kad Celluloid ini adalah hadiah daripada adik aku sebab dia memang tahu akan hobi aku ni. Dia beli sepeket, terus dapat kad ini dan souvenirkan kat aku....cheers Bro.



4 comments:

Iaryylr said...

wow, macam-macamlah bro! Belum lagi T-shirt Bat Man kan?

Spallan said...

Ahaaa, betul tu bro...

boyarque said...

terbaek dari ladang tenusu Pak Munawe!

Spallan said...

Yeehaaa....yippikayay