Saturday, February 5, 2011

Todd & Spawn

Salah seorang daripada artis yang telah keluar daripada Marvel Comics dan menubuhkan Image Comics adalah Todd McFarlane. Dengan cara serta strok lukisan yang amat menarik lagi menakjubkan, beliau dengan jayanya telah mengangkat karakter Spiderman ke tahap yang membanggakan hingga beliau diberi amanat untuk menerajui title baru bertajuk Spiderman (bermula dari #1) pada tahun 1991. Dikatakan komik Spiderman #1 ini telah terjual sebanyak 2.5juta naskah. Walau bagaimana pun, oleh kerana belum puas dengan pencapaian yang dikecapi, beliau dan beberapa lagi rakan sealiran telah menubuhkan syarikat penerbitan komik yang baru bernama Image Comics dan karakternya yang pertama adalah Spawn, yang masih lagi diterbitkan kini (disamping francaisnya yang lain termasuklah permainan, pakaian dan lain-lain). Ini adalah set trading cards Spawn yang mengandungi seratus limapuluhdua keping kad. Imej yang dipaparkan adalah daripada komik-komik Spawn terpilih daripada isu #1 sehingga #25.


























...inilah dia Todd McFarlane dan Spawn-nya




bahagian belakang kad, checklist-nya


Pogs edisi terhad Spawn.

2 comments:

Iaryylr said...

beberapa bulan lepas keluar the movie, ada saya beli model spawn nie, masih ada disimpan cuma dah barai sikit, he he he!

Spallan said...

aduuuh, kalau masih cun mungkin harga sudah up bro, tapi takpa janji sudah puas main.