Friday, February 25, 2011

mmmmmuahhh....

Tengah dok meronda satu hari tu, tiba-tiba aku terpandang akan product display ni kat dalam kedai Guardian. Yang terang lagi jelas adalah tulisan jenama sukaramai Coca Cola, maka aku pun terus masuk untuk check-it-out.....


Yeahhh, ini dia tuan-tuan dan puan-puan, item yang menggoda sukma. Eh, tapi...apakebendanya?


Ia sebenarnya adalah produk berjenama Lip Smacker. Ia merupakan lip gloss yang digunakan pada bibir agar sentiasa kelihatan cantik lagi menawan, glossy dan berkilat dan sentiasa dalam keadaan moist bagi mengelak kekeringan dan merekah. Istimewanya lip gloss ini, ia mempuyai perisa-perisa ajaib yang pastinya dikenali oleh para collector sekelian. Cubalah...



3 comments:

iaryylr said...

memang best terasa nak guna untuk menikmati rasa cola... hua hua hua!

afzarizal said...

aku dah check tadi kat guardian JB..diorang tak tahu menahu pon pasal benda ni...berapa Rm bro benda ni?kirim bole?hehe

Spallan said...

bro afzarizal, hang betul ka interested nih? harga dalam enampuluh lebih, kalau mau boleh tolong carikan...