Friday, February 11, 2011

belum kena potong...

Pada satu hari, aku telah ditelefon oleh member sorang ni yang bekerja di sebuah bank. Dia bertanyakan aku samada nak beli wang kertas lima ringgit yang belum dipotong atau tidak. Aku pun cakap balik, "kau ni biar betul, nanti bank negara hantar orang tangkap aku dengan kau...". Member aku tu pun jelaskan, "ini barang legal la, memang bank negara yang keluarkan, special edition sempena duit lima ringgit yang baru...". Aku pun jawab "aaah, kalau macam tu ok la...", dan terus aku ke bank. Hehehe, pergi bank beli duit, macam kelakar pula bunyinya.
.
Inilah dia rupa duit yang aku beli tu, wang kertas bercantum RM5 yang didatangkan siap dengan foldernya sekali. Dikeluarkan pada September 1999, ia bertemakan Wawasan 2020 bagi melambangkan pencapaian serta kepesatan ekonomi yang dicapai oleh negara kita Malaysia. Wang tiga keping yang bercantum ini mempunyai tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan dan mengekalkan warna dominan hijau seperti duit lima ringgit yang terdahulu. Waktu aku beli ni dulu, ingatkan dapat duit baru ni saja rupanya ada bonus. Bila aku selak helaian belakang, disertakan juga wang kertas lima ringgit lama (bercantum) oleh Dato Ahmad Mohd Dom. Duit lima ringgit siri lama ini telah dikeluarkan pada tahun 1984.



...yang baru



dan yang lama...





Tengah aku dok belek-belek lima ringgit uncut tu, member aku sua pula yang kat bawah ni. "Hang ni pandai betui nak racun aku..." aku cakap kat dia. Tapi, bila aku buka folder tu, terpampang lapan keping duit lima ringgit yang belum dipotong. Memang cantik, memang lawa, langsung bersinar biji mata aku...






Lepas tu pula, member aku ni cuba nak meracun round kedua. Dia tunjuk pula kat aku duit lima ringgit uncut yang sebesar poster. Yang ni nak masuk folder pun tak muat, kena gulung elok-elok dan masukkan dalam poster tube yang macam budak-budak art dok usung ke sana-sini. Maaflah aku takda gambar nak tunjuk sebab aku tak beli yang tu, mahal, tak mampu aku nak meng-adjustnya. Tak ingat pula berapa keping duit lima ringgit uncut dalam versi ala poster tapi aku rasa harganya masa tu, kalau tak silaplah ya, lebih kurang empat ratus ringgit, mungkin lebih....
.
Macamana pun, untuk tidak menghampakan para pembaca sekelian, aku post sekali duit lima ringgit versi lama yang ada printing error ni sebagai ganti. Ahaaa, pada suatu masa dahulu, agak kecoh juga dengan kemunculan duit lima ringgit bersalib seperti yang di bawah ini. Macam-macam spekulasi dan cerita yang timbul. Salah print lah, limited editionlah dan sebagainya. Bagi aku yang masa tu masih belajar, agak ketat juga kalau asyik nak simpan duit "bersalib" ni, sekurang-kurangnya kalau diguna, lepas makan nasi tengahari. Tapi takpalah, kerana melayan jiwa collector yang tak seberapa ini, aku simpan jugalah sekeping dua buat kenang-kenangan....... walaupun tengahari ku hanya bertemankan ayaq watercooler.


6 comments:

boyarque said...

Woh, terbaek ni bro! Bukan saja ada sentimental value, malah ada monetary value!

Keep it up!

Spallan said...

yeaahhh, cheers bro

Unknown said...

puh...cantik2....

Fitri Osman said...

bestnya bro...

Iaryylr said...

saya suadah potong!

nikths said...

bro..duit uncut sebesar poster tu ada 30 keping.Memang mahal dan limited.Sejak saya jadi numis collector tak satu pun saya simpan yang uncut.Nilai duit lama meningkat setiap tahun.