Saturday, February 5, 2011

Dari Image Comics...

Seperti yang aku dah ceritakan mengenai Image Comics pada posting yang lepas, ini adalah beberapa komik Image Comics yang masih ada dalam simpanan aku, yang masih ada di dalam kotak...

Spawn isu #1-#4
yang mula diterbitkan pada bulan Mei 1992.





The Savage Dragon isu # 1 oleh Erik Larsen. Walau pun karakter ini telah pertama kali muncul dalam komik Megaton #3 pada tahun 1986, namun komiknya sendiri hanya diterbitkan pada tahun 1993.




Hasil rekaan Dale Keown, Pitt #1 telah diterbitkan oleh Image Comics pada tahun 1993.


Shadowhawk adalah karakter hero-vigilante rekaan Jim Valentino. Pertama kali muncul dalam komik Youngblood #2 pada Mei 1992, komiknya sendiri Shadowhawk #1 yang mempunyai embossed silver chrome cover telah diterbitkan pada Ogos 1992 oleh Image Comics.




Diantara komik Gen 13 yang masih dalam koleksi. Komik hasil lukisan Jim Lee ini, agak ramai juga peminat hard-corenya suatu masa dahulu...




...isi borang, kasi money order dan hantar ke syarikat Wizard Comics. Cukup time, diorang pun hantar komik Maxx #1/2 ni kat aku, complete dengan sjiilnya sekali. The Maxx adalah sebuah komik terbitan Image Comics rekaan Sam Keith yang mula diterbitkan pada Mac 1993.





WildCats X-Men, gabungan dua kumpulan superhero yang cukup masyhur suatu ketika dahulu. Dilukis pula oleh Jim Lee, meletup-letup la jadinya. Ini adalah komik tersebut yang telah ditandatangani oleh Jim Lee, siap dengan sijilnya sekali...




Satu lagi karakter hasil lukisan Todd McFarlane ialah Angela. Pertama kali muncul dalam komik Spawn isu #9 (1993) ia mendapat sirinya sendiri dengan Angela #1 pada Disember 1994 ...walaupun terdapat pertelingkahan ke atas hakmilik karakter diantara Todd McFarlane (pelukis) dengan Neil Gaiman (penulis).


Sama seperti komik Maxx #1/2, komik Ripclaw #1/2 diperolehi dengan cara kuno iaitu mengisi borang, hantar money order dan dipos mengggunakan sampul surat yang disediakan oleh majalah Wizard The Guide To Comics, tiada melibatkan sebarang teknik "on-line".



.
Team 7, hasil rekaan Chuck Dixon dan Aron Weisenfeld. Isu #1 telah diterbitkan pada Oktober 1994.

Komik Battlestar Galactica #1
oleh Image Comics...

1 comment:

Iaryylr said...

Syabas Bro, teringat, siri smallville, dalam siri itu Lex Luthor, dia suka simpan komik,
Tunggu siri 10 keluar, baru beli siri 9, sebab harga baru turun.. he he he!