Tuesday, February 22, 2011

Sony bagi spek percuma...

Setelah mendengar saranan bro Iaryylr, selang beberapa hari aku pun singgah le ke kedai barangan elektrik dan mendapatkan senaskah dua katalog terbaru barangan elektrik jenama SONY. Bukannya nak beli pemain cakera padat, mahu pun televisyen leper tapi nak dapatkan spek jenama Sony dengan percuma. Betul...., aku tak chong hangpa, depa bagi spek Sony percuma. Tetapi... bukan spek buat pi jalan-jalan kacau si Gadis cuma yang ni spek 3-D buat pi tengok cerita Green Hornet dan yang seumpama dengannya. Hihihi, sebenarnya spek ni spek kertas saja cuma lensnya saja special sikit, boleh tengok iklan-iklan dalam katalog Sony dengan efek 3-D. Kiranya, iklan menjadi lebih menarik dan cantik, mungkin hingga dapat menimbulkan perasaan ingin membeli....





2 comments:

nikths said...

lawa speknya,ala-ala Mr.Power Austin(60's).Boleh wat pi jalan2 pun ok ni tak pun pakai waktu malam jadi Green Hornet he he he....

Spallan said...

"Yeah Baby"...hahaha