Showing posts with label Lipton. Show all posts
Showing posts with label Lipton. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

...Boh hari tu dah habis ka?

Jalan-jalan di Ipoh hari tu,
aku beli sekotak teh ni...


...tapi beli sekotak
yang dok ada dalam bekas macam ni le.


Hahaha...aku tau, souvenir ni dah lama keluar, tapi ada sebabnya aku beli yang ni (di samping memang nak minum tehnya of course). Baca dulu...


Ok, dari tepi,
siap dengan pembalut...


...dan tanpa pembalut.


Inilah rupa bekasnya, sebijik macam yang Coca Cola bagi, cuma yang ni ada warna kuning di tepi dan yang Coca Cola punya ada warna merah.


Jenamanya, Lock&Lock, memang sama. Tiada sebarang logo Lipton pun pada bekas, tinggal lagi bekas ni ada insert dan ada bungkusan luar yang menunjukkan ia souvenir daripada Lipton. Ok sikit la berbanding dengan Coca Cola yang hanya di tampal sticker kenit sebiji...


dan, ahaaa....inilah dia tujuannya kenapa aku beli teh ni.


Dengan menambah beli sepeket kenit teh Lipton (untuk memenuhi syarat belian limaringgit ke atas), maka aku dapat le mug Lipton ni...


Boleh tahan juga,
dengan design ala frosted-nya.


Dalam gambar offer tu,
takda pula tunjuk ada penutup...


....aaaah, tak kisahlah,
hantam saja laaa.


Monday, January 31, 2011

Resepi dari Lipton

Koleksi Resepi dari Lipton. Mahu cuba...?






Tuesday, November 2, 2010

Lipton Edisi Besi

Yeahhhh, akhirnya aku dapat juga tin Lipton nih. Tapi jenuh juga memilih kat pasaraya tu sebab banyak yang dah ada kemek-kemek kecil dan bercalar. Tapi takpa, slow and steady, biarlah orang pandang lain macam je tengokkan brader ni dok menyusun tin-tin Lipton. Nak kata staff, tak pula memakai uniform... hahaha. Janji hati puasss...







...standby untuk masuk kotak

Friday, July 23, 2010

Groovy Chick & Lipton

Memperkenalkan......teh Lipton uncang yang penuh citarasa. Dengan satu uncang sahaja anda akan menikmati teh yang cukup sempurna, penuh nikmat dan perisa. Ayuh join geng "jigglers" nih... hehehe






Lipton versi terkini...

Lagi dari Lipton

Mug dari Lipton ini dah lama dapat. Souvenir masa beli Lipton tri-in-wan dulu...



Yang ni baru sikit. Designnya tak banyak beza cuma kat handle ada lubang untuk masukkan sudu (warna pun lain sikit). Souvenir sewaktu beli teh Lipton berperisa Caramel, Vanilla dan Lipton Gold.



Sunday, July 18, 2010

Tin Lipton

Semalam, tengah dok jalan-jalan ternampaklah "offer" kat bawah ni. Beli Lipton 25 uncang boleh dapat tin percuma, ada empat design katanya. Mikirkan Lipton dah lama takda bagi souvenir, terus angkat empat kotak sekali (boleh dapat semua design). Tehnya? Takpa, pelan-pelan minum nanti habis le tu...