Showing posts with label Iklan/Promo. Show all posts
Showing posts with label Iklan/Promo. Show all posts

Friday, November 8, 2013

kalaulah kat rumah ada yang macam tu...

Jalan-jalan di kedai hijaukuning, terjumpa pula aku akan yang dibawah ni. Langsung aku bertanya akan Cik Amoi yang bertugas, "...apakah gerangan display yang serba indah ini?". Jawab Cik Amoi nan jelita, "encik boleh cuba cokelat ini, yang mana encik paling suka saya akan tambah nombornya". Ooooo, "...macam survey la ni". Kalau macam tu, aku kena la try semua, baru boleh bagi penilaian tepat...hahaha.



Setelah kesemuanya aku cuba dan membuat pilihan, untuk tidak menghampakan Cik Amoi yang telah dengan tekun dan baik hati melayan aku, maka aku pun belilah cokelat Cadbury Roast Almond dan Mixed Nuts ni.


Menampilkan grafik pada bungkusan dengan design yang terbaru, rasanya juga macam lebih sedap dari dulu. Tak tahulah samada terkesan dari layanan Cik Amoi Cadbury atau tidak, tapi memang best pula cokelat ini kali ni. Lebih-lebih lagi yang Roast Almond tu.


Satu lagi yang best, adalah harganya. Biasanya dalam tujuh ringgit lebih hampir ke lapan, tapi masa promosi ni lima ringgit lebih saja. Haaa...ok sangat la tu. Itu yang boleh balun sampai dua ketul sekaligus...hahaha.


Dan bila dah try dan beli sampai dua tu....kenalah ada souvenir kannn. Jadi dapat le iklan selit dan iklan gantung ni buat kenang-kenangan.


Thursday, August 22, 2013

tak boleh ambil ni.....

Memandangkan bulan Ramadhan sudah pun berlalu, dan bulan Syawal pula mula menghampiri minggu ketiga maka iklan-iklan khas sempena Ramadhan pun dah kira expired la. Jadi, sebelum iklan-iklan ni di humban kat luar (walau pun selalunya dikatakan supplier akan ambil balik...), aku sempatlah selamatkan barang sebiji dua iklan-iklan ni buat kenang-kenangan. Maka inilah dia iklan kadbod Milo "Bersahur Sekeluarga untuk Tenaga Berlanjutan"...


Agak besar juga iklan Milo ni.
Kira penuhlah troli aku...hahaha.


Memaparkan gambar yang sama,
depan dan belakang...


...macam pernah ku lihat mug tu,
tapi di mana ya.


motto baru...?


Dan ini pula iklan yang digantung pada rak, yang hampir sama panjang dengan iklan kadbod di atas...


...walau pun berpuasa,
adik ni masih mampu bermain bolasepak.




Friday, July 12, 2013

tokey Rebung & tokey KitKat...?

Versi dalam peket biasa dah lama keluar,
yang ni versi dalam cup pula. 


Belum pernah cuba lagi yang dalam cup ni, yang dalam peket empat segi tu...pernah le. Boleh le kalau nak buat sahur emergency. Buang penutup, boh ayaq hangat...tunggu sat dan balun. Tapi kalau dapat kat orang rumah aku....ada tumis itu, tumis ini, taruh udang, taruh ayam, taruh telur, bubuh sayur...hahaha, jadi boleh kirim salaaam le kat versi cup ni. Mesti mau yang peket normal punyer...


Maka...versi cup yang aku boleh merasa hanyalah yang datang dalam cup macam ni. Boleh dapat free di pasaraya-pasaraya pada hujung minggu ...hahihuheho.


Friday, December 7, 2012

jalan-jalan petang Jumaat...

Macam pernah nampak pin Coca Cola empat ketul ni,  pernah keluar di Shell dulu. Tapi inilah dia offer terbaru daripada myNEWS.com. Menurut tuan kedai, beli sebotol Coke dapat sebijik pin.....walau pun kat iklan lain pula katanya, hahaha... layannn.



Satu lagi offer di myNEWS.com, 100Plus pula.....


Tuesday, October 30, 2012

macam-macam lah.....

Iklan Milo dengan bekas percuma bersama logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu.



Iklan Nestle Crunchy Bite Wafer juga dengan logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu.




Paper cup myChef. Anda sudah cuba?




Paper cup baru Tropicana Twister...


Monday, September 10, 2012

...di manakah dikau

Yang berjuntai...


Yang terselit...


Dan yang tegak berdiri...




Semua dah berjaya aku selamatkan.




Kecuali set pinggan ni. Yang ada design heart tu, sampai sekarang ni aku masih belum nampak lagi. Ada ka...?



Wednesday, September 5, 2012

...sudah tamat

Promosinya baru saja tamat bulan lepas. Nasib baik sempat aku adjust iklan ni buat souvenir.....





Tuesday, September 4, 2012

...mari berjimat

Dua iklan berdiri aiskrim La Cremeria. Satu tu special  sikit, ada logo 100 tahun Nestle... dan juga diskaun dua ringgit dan yang satu lagi tu biasa saja. Macamana pun, yang tinggal hanya iklan sahaja, aiskrimnya sudah clear.....



Friday, July 20, 2012

mari tengok...mari tengok...

Beberapa iklan/promo terkini...

Milo Nuggets
dengan resepi terbarunya




Nescafe
dengan mug kegemaran sukaramai





Nestlé
Berbelanja sambil Beribadah




Thursday, July 12, 2012

dah nak raya ka...?

Iklan/promo
Berayalah Bersama KitKat...




Ahaaa...KitKat pun ada box set. Cover kotak yang bahagian depan tu...



...boleh diceraikan dan di jadikan  frame gambar.


Dan di dalam kotak,
inilah dia cokelatnya...