Showing posts with label Cawan dan Teko. Show all posts
Showing posts with label Cawan dan Teko. Show all posts

Monday, July 25, 2011

mai secawan...

Pernah posting cawan ni dulu tapi tanpa piringnya. La ni dah jumpa piring, kenalah posting sekali lagi sebab dah complete ya tak... Maka inilah dia set cawan dan piring MAS buatan Noritake Japan yang dikatakan digunakan oleh penumpang kelas pertama syarikat penerbangan kebangaan kita MAS suatu masa dahulu.













Thursday, July 22, 2010

Nescafe "The New Malaysian Thing"

Souvenir dari nescafe. Bagi mempromosikan 3 jenis tri-in-wan yang baru iaitu nescafe Ipoh White Coffee, nescafe Tarik dan nescafe Kopi Neslo, nescafe memberikan cawan dan piring ala kopitiam ni. Kalau dibeli dari Carrefour set ni datang begitu saja, bubuh dalam plastik dan boleh bawa balik. Tapi, kalau dibeli dari Tesco (waktu promosi), ia datang siap dibungkus dalam kotak, sangat menarik, berlogo dan kemas. Hahaha malangnya info tu aku perolehi sendiri bila pergi ke Tesco, dua hari selepas ke Carrefour...
*







Sunday, November 29, 2009

Teko Coronation Street

Teko ornament Coronation Street yang menggambarkan Pub Rovers Return, siap dengan kucing mengendap burung.





Teko Pelik

Teko mini ini pula adalah dari Cardew Design UK. Syarikat ini mengeluarkan bermacam-macam jenis teko yang pelik tetapi cantik. Designnya terkenal seluruh dunia dan ada yang telah mencapai status "rare" dan mempunyai nilai yang agak tinggi.
*


Design yang diambil dari Royal Albert
(dengan kebenaran)


Kotak pun kena letak nama Royal Albert.


Kotak untuk teko mini Cardew.


Teko Tanah Liat

Ada diantara teko-teko mini ini adalah replika kepada teko tanah liat yang bersaiz normal dan digunakan untuk membancuh teh. Yang mana satu, aku tak pasti la pula. Dan kalau kita pergi ke kedai-kedai teh cina kita boleh tengok teko (saiz normal) ini ada dijual, dan ada yang dengan set cawannya. Harga pun boleh tahan juga. Jadi, aku kumpul lah versi mini ni, murah sikit dan senang nak handle. Aku pernah pergi ke rumah orang dan tengok diorang frame teko-teko kenit ni, nampak cantik, elegan dan unik. Bila aku start cerita pasal teko kenit ni, dan diorang tanya macam mana aku display, jawapan aku, "dah masuk kotak..."



Teko Kaca

Teko-teko kecil ini diperbuat daripada kaca. Dari pengamatan aku, aku rasa teko ni dibentuk sewaktu kacanya lembut (sangat panas) dan bahagian yang ala-ala keemasan di celup setelah teko siap terbentuk dan sejuk sepenuhnya. Ya ka ni....







Saturday, November 28, 2009

Macam-macam teko

Kalau cerita pasal cawan, kenalah cerita pasal teko kan. Yang bawah ni walau pun rupa dia macam teko tetapi fungsinya yang sebenar adalah sebagai pewangi bilik. Bubuh pewangi dalam teko, pasang lilin kat bahagian bawah tu dan haruman akan keluar melalui lubang kecil pada teko......aaahhhh.
*


Yang dua bawah ni dibuat daripada besi. Saiznya kecil, sebesar cawan saja. Sesuai sebagai hiasan saja la...




teko percuma

Teko atau jag plastik nescafe ni diperolehi percuma dengan setiap pembelian nescafe (tak ingat pula pek berapa gram). Minuman panas dapat tahan agak lama dengan penutupnya yang menutup seluruh ruang permukaan. Boleh tahan juga untuk sesuatu yang dapat free...
*
*
Teko ni pula aku dapat percuma sebab beli biskut Jacob's. Kalau diperhatikan, design dia pun macam biskut cream crackers Jacob's, siap dengan lubang-lubangnya...
*

minum teh stail orang atas kapalterbang

Memandangkan cap wau merah tu, sudah pasti ini adalah cawan yang digunakan oleh penumpang pesawat Malaysian Airline System (MAS). Mana pula piringnya...

minum teh stail orang putih

Ini pula adalah cawan keluaran Port Meirion, England. Saiznya adalah agak besar, mungkin dua atau tiga kali ganda cawan biasa. Dengan saiz yang macam tu, aku rasa cawan-cawan ni sesuai untuk perhiasan saja kot, kalau diguna untuk minum teh, bila nak habis beb...
*
Pomona - Port Meirion
*

Pomona - Port Meirion
*


The Botanic Garden - Port Meirion

*


minum teh stail orang korea

Set cawan ni pula adalah dari negara Korea.
Sayang sekali tekonya tak ada.