Tuesday, May 31, 2011

bukan jumbo atau pun mambo.....

Pada Sabtu yang lepas, seorang sahabat collector, bro Frightrice telah memberitahu aku akan item baru ni. Katanya di TGV KLCC ada Tumbo Kung Fu Panda. Aku pun terfikir, apakebendanya Tumbo tu? Tak pernah la pula aku dengar sebelum ni. Tapi takpalah, petang tu juga aku pi check it out. Dan bila aku sampai kat TGV (punyalah ramai manusia yang nak layan tengok wayang dan ramai juga yang menala popcorn), aku pun ternampaklah iklan bawah ni kat kaunter popcorn....



oooh, itu ka Tumbo-nya.... Gabungan bekas popcorn dan tumbler ayaq soda rupanya. Hmmm, menarik juga tu, mai secawaaaaannn...
















Saturday, May 28, 2011

Paper Cup Milo Sejuk

Terbaru dari Milo, Milo Sejuk yang dikatakan sesedap Milo dari lori Milo. Iye ke? Anda dah cuba? Haaaa....ini paper cup promonya.





Cup Wendy's

Plastic cup Wendy's buat minum air kosong. Saja minta souvenir satu buat collection.



Paper Cup F&B Korea

Paper cup yang aku dapat sewaktu promosi makanan korea. Nak test kalu agak was-was, dapat souvenir paper cup (baru) pun jadi la.....

Paper Cup Quaker

Paper cup Quaker sempena produk Quakes Chocolate Drink yang baru sahaja diedarkan di pasaran.

Paper Cup Kapal Api

White Coffee, produk terbaru dari Kapal Api. Ini dia paper cupnya yang digunakan untuk promosi. Kalau nak tengok paper cup yang lama, jom klik sini.






Paper Cup Great Buck

Ini yang baru, yang lama ada kat sini...

Paper Cup Anmum

Simple dan serba purple...

Paper Cup Aik Cheong

Otai-otai ada simpan cawan kopitiam Aik Cheong, aku hanya ada paper cupnya saja....jadi la.





Friday, May 27, 2011

ini pun sejuk juga...

Aku pernah posting mengenai mug Milo ni dulu cuma kali ini aku dapat versi yang ada kotak punya. Alang-alang berkotak, aku post sekali kotak carton yang digunakan untuk mengisi Milo Sejuk nih. Layannn.....




















...tahan sejuk II

Yang ini Wall's pula bagi. Beli dua tub aiskrim dapat beg cooler merah ni sebiji. Tapi aku tak confident nak pakai ni untuk simpan aiskrim baru beli tu jadi kena la drive balik cepat sikit sebelum dia cair...





...tahan sejuk I

...member kasi souvenir.

terima kasih.







Nestle Bliss bagi...

...memang dia bagi tapi sampai enam botol nak kena beli baru boleh dapat dua souvenir...hahaha. Sampai sekarang dok ada lagi.













Thursday, May 26, 2011

Hong Kong Doubles III

Berbekalkan casing plastik a'la kulit, daun terup dari Hong Kong ini agak berbeza dengan set-set yang lain. Di samping dua deck merah dan biru, di dalamnya terdapat Score Pad dan juga sebatang pensel untuk mencatit We, They, Honors dan Tricks. Hmmmm, apa tu...?