Friday, May 6, 2011

bukan peter pan...

Bagi mengakhiri kad set jenama rokok yang ada dalam koleksi, inilah dia kad Peter Stuyvesant. Cuma yang ini ada a slight twist, ada sedikit kelainan daripada kad biasa. Jika diperhatikan pada muka hadapan kad tak ada kelawar, lekuk, mahu pun deman, tapi sebaliknya ada corak-corak bulat, karakter haiwan dan juga karakter tulisan Cina. Nak kata kad Mahjong, aku rasa bukan kot. Sekiranya ada diantara para pembaca yang ada barang sedikit info, teruskan saja. Tekan butang comment dan kita kongsi....










2 comments:

Iaryylr said...

macam mahjong jer...

Iaryylr said...

5 purnama bekerja dengan tekun, rajin dan lebih masa, sang pengembala telah dinaikkan pangkat dari operator ke posisi Supervisor. Kenaikan ini amat menggembirakan hatinya kerana 6 purnama lagi maka cukuplah bajet untuk membeli kuda sebagai tunggangan berulang alik ketempat kerja. 5 purnama selepas kenaikkan pangkat, Syarikat Rokok itu telah diambil alih oleh syarikat rokok yang juga terkenal iaitu "Syarikat Rokok Peter Stuyvesant". Sehari syarikat rokok bertukar pemilik maka Sang pengembala akhirnya telah diberhentikan kerja dengan serta merta tanpa notis. Sungguh pilu dan luluh hati sang pengembala kerana bukan salah diri dinamakan 'Peter Bin Stuyvesant'

Tammat.... episod 1,