Wednesday, May 4, 2011

kisah helang dan unta...

Sewaktu dok membelek kad deck ni, mulanya aku ingat nak let go je, malas nak beli buat collection. Bila aku dah letak balik baru aku perasan ada logo JTI pada kotaknya. JTI ini bermaksud Japan Tobacco International, iaitu business tembakau antarabangsa Japan Tobacco yang juga merupakan syarikat pengeluar produk tembakau ketiga besarnya di dunia. Antara produknya termasuklah Winston, Camel, Mild Seven, Benson & Hedges, Salem dan beberapa lagi jenama yang mungkin belum sampai ke Malaysia ni. Teringatkan info ini, aku pun belek seround lagi kad deck ni dan meneliti design pada belakang kad. Hmmm, mungkin corak hitam tu adalah seekor helang (dari jenama Winston) yang sedang terbang di kawasan pergunungan (dari jenama Salem high country) atau pun di kawasan pada pasir (dari jenama Camel)? Hahaha...apa-apa pun, sebab ada logo JTI kat situ, aku pun angkat sajalah.....













2 comments:

Iaryylr said...

Ingatkan kisahnya beerbunyi begini, Kisahnya seorang pengembala bermain terup diatas unta, sedang asyik membelek terup dan sorang-sorang ketawa berdekeh-dekeh, tiba-tiba seekor helang menyambar daun terup joker. Maka pengembala itu kesunyian kerana tiada kelucuan pada daun terupnya. Maka bermasam durja dan sepi disepanjang perjalanan.....

Spallan said...

hahaha...itu versi astro first, channel biasa belum dapat lagi...