Diperolehi daripada seorang "Uncle" dari Melaka. Katanya deck ni dah lebih dua puluh tahun dalam simpanannya. Asalnya ia adalah hadiah pemberian dari seorang rakan sempena perkahwinannya dahulu, dan pertama kali digunakan bersama gengnya pada malam wedding. Kiranya ada sentimental value jugalah padanya. Ini juga bermaksud, agak sukar sedikitlah bagi aku untuk menyakinkan "Uncle" tersebut agar berpisah dengan deck ini. Namun, setelah bersembang panjang dan keluar segala sahibul hikayat mengenai hobi aku yang mengumpul playing cards ni, maka akhirnya dia bersetuju untuk melepaskannya. Dengan syarat aku menyimpannya dengan baik. Oklah "Uncle" jangan risau, sekarang ini sudah dibungkus baik dengan plastik dan...dah masuk kotak.
2 comments:
'Sudah jatuh ditimpa unta'begitulah nasib sang pengembala yang lalai. Sebenarnya sudah menjadi peraturan Negeri 'Syahisketambul Tenggelam timbul' dan termaktub dalam undang-undang tubuh negeri, Seksyen 15 artikal 4 bahawa penguatkuasaan 'larangan merokok sambil menunggang unta mahupun keldai' wajib dipatuhi atau denda maksimun 'Larangan berkahwin selagi kecederaan haiwan tunggangan itu sembuh sepenuhnya'. Maka Sang Pengembala pun menangis kerana beliau baru saja bertunang dan unta tersebut bagaikan mati?...
ahaaa...ada sambungannya
Post a Comment