Saturday, December 31, 2011

Street Cleaver

Dari jauh lagi aku dah nampak Street Cleaver ni tergantung kat rak HotWheels. Merah menyala, macam memanggil-manggil aku pula. Bila dah dekat aku perhati, apa benda ni? Awat pelik betui  design-nya? Hahaha, tapi sebenarnya yang pelik tulah yang aku minat. Maka aku pun bawa balik le sebiji. Pada sangkaan aku, wah ini model baru beb, tak pernah aku jumpa sebelum nih. Tapi setelah membuat sedikit rujukan, rupanya model Street Cleaver ini partama kali muncul pada tahun 1996, kemudiannya pada tahun 1997, 2006, 2009 dan ada versi kuning, hitam dan juga biru serta versi gold. Dan yang ini adalah versi terbarunya, warna merah dari siri HW Video Game Heroes 11.








'12 Camaro ZL1

Sejak berkecimpung dalam dunia HotWheels ni, baru aku tau ada bermacam-macam jenis kereta Camaro rupanya, dan yang yang kat bawah ni adalah yang paling baru aku tahu iaitu '12 Camaro ZL1. Kalau nak dikumpul semuanya, mungkin tak terdaya, tapi takpa.....slowly cycle.









'70 Dodge Charger R/T

Inilah dia '70 Dodge Charger R/T dari siri 2011 HW Premiere. Jenuh juga aku nak fahamkan apekebendenya R/T tu. Rupanya, setelah membuat sedikit kajiselidik R/T bermaksud Road/Track. Ia digunakan oleh kereta-kereta Dodge sejak tahun enampuluhan bagi model keretanya yang menggunakan bahagian body yang lebih agresif, mempunyai warna dan stripes yang lebih cun, sistem brake, suspension, tayar yang lebih baik dan yang paling penting, ada lebih power.








8 Crate

Mula-mula pandang ingatkan kereta cadillac yang digunakan sebagai Ecto-1 kereta Ghostbusters tu. Yalah, kereta tu memang menjadi idaman aku dan sehingga kini belum dapat join koleksi ...dah masuk kotak. Namun setelah dibelek dan dianalisa, bukan rupanya, tapi takpalah, design menarik punya pasal, boleh join..... Ini dia 8 Crate dari siri HW Performance 12.









Toyota Land Cruiser FJ40...lagi

...dan ini pula model Toyota Land Cruiser FJ40 terbaru dari siri HW Performance 11.








Toyota Land Cruiser FJ40

Mula diperkenalkan pada tahun 2010 dengan versi yang berwarna kuning, di bawah ini adalah versi keduanya yang juga keluaran 2010 tetapi berwarna biru.








RD-05

RD-05 dari siri Thrill Racers 11.