Friday, December 2, 2011

lepak tepi sungai...

Ahli terbaru dalam keluarga Hard Rock Cafe Malaysia, inilah dia Hard Rock Cafe Melaka. Baru dibuka tak sampai beberapa bulan, yang dibawah ini hanyalah Rock Shopnya sahaja (kedai souvenir) dan cafe sebenarnya masih dalam pembikinan dan belum siap lagi. Menurut stafnya, hujung tahun ni siap kot...




Dan di bawah ini adalah model dan pelan lokasi sebenar HRC Melaka, terletak di Lorong Hang Jebat dan mengahadap Sungai Melaka.


Anda nampak tiga biji kereta di belakang tu? Yang berwarna merah, hitam dan merah? Ahaa, itulah dia Jonker Walk, dekat saja dengan HRC Melaka ni. Boleh shopping...



Hard Rock Cafe Melaka



Diantara Hard Rock Memorabilia yang dipamirkan di dalam Rock Shop HRC Melaka. 

Jaket denim KC & The Sunshine Band sewaktu World Tour '94/'95.


T-shirt dan CD yang disain oleh Tiffany yang suatu dulu amat masyhur dengan lagu "I Think We're Alone Now".


Vest Dave Koz yang disain sewaktu berada di Malaysia pada tahun 1993.



Barisan souvenir yang ada. 
Mari pilih, mari pilih...









Dan yang aku pilih, seperti biasa adalah pinnya...

Pin Halloween 2011









Pin Gitar HRC Melaka

Board frame-nya agak berbeza berbanding dengan yang HRC Penang punya di mana ia mempunyai permukaan merah ala baldu sedangkan yang ini kertas board biasa sahaja. Takpa lah, kasi chance kedai baru buka...






HRC Melaka 3D Pin

Yang ini special sikit dan rega pun ada up sikit. Kenapa? Sebab yang ini mempunyai landmark masyhur Melaka dalam bentuk 3D. Diorang kasi timbul sikit...




Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini oraganisasi WhyHunger, Hard Rock dan Yoko Ono sekali lagi menjalankan kempen "Imagine There's No Hunger" bagi mengatasi masalah kelaparan di kalangan kanak-kanak sedunia. Bagi setiap derma lima ringgit yang disalurkan bagi tujuan tersebut, penderma akan beroleh gelang tangan (seperti di bawah) sebagai tanda terima kasih.




Pamphlet yang aku angkut buat souvenir...


Pin yang dibeli semuanya dimasukkan ke dalam sampul nih...


...dan seterusnya ke dalam beg kertas nih.


2 comments:

fairus said...

KEDAI HARD ROCK MELAKA DEPAN MATA SAJA, TAPI BELUM BERKESEMPATAN PERGI LAGI..

Spallan said...

boleh pergi selalu tu...