Monday, December 5, 2011

Wolverine...

Wolverine merupakan salah satu karakter komik yang paling diminati dari Marvel Comics. Karakter ini pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk #180 pada tahun 1974 dan adalah hasil rekaan penulis Len Wein dan pengarah seni di Marvel iaitu John Romita Sr. Terdapat pelbagai siri komik Wolverine dan diantaranya adalah Wolverine: Origins, Wolverine: First Class, Wolverine: Weapon X, dan yang terkini bagi tahun 2011 adalah Wolverine: The Best There Is. Walau bagaimana pun, siri asal Wolverine sebagai karakter utama telah diterbitkan pada Sep 1982 dan berlangsung sebanyak empat isu sehingga Dis 1982. Dan dari siri inilah datangnya catchphrase Wolverine yang masyhur…

“My name is Logan… but most people know me as Wolverine. I’m the best there is at what I do… But what I do best isn’t very nice”.

Ahaaa, tu dia. Malangnya aku tak sempat pula nak kumpul siri empat komik yang tu, tapi apa yang berjaya masuk koleksi …dah masuk kotak adalah dari Wolverine volume kedua. Siri ini telah mula diterbitkan pada Nov 1988 dan berlangsung sebanyak 194 isu hingga ke tahun 2003. Di bawah ini adalah isu-isu terawalnya yang mana John Buscema yang merupakan cover artistnya telah bermurah hati untuk menandatangan beberapa isu sebagai souvenir….. 


Wolverine #1


Wolverine #2


Wolverine #3


Wolverine #4


Wolverine #6


Wolverine #7


Wolverine #10


Wolverine #12

Wolverine #13


Wolverine #14


Wolverine #15


Wolverine #16


No comments: