Saturday, February 5, 2011

Kisah Image Comics

Pada awal tahun sembilanpuluhan beberapa pelukis freelance yang bekerja dengan Marvel Comics mula berasa tidak puas hati dengan polisi pihak pengurusan. Alasan mereka, karakter-karakter hasil lukisan mereka (yang telah menjadi lebih popular sejak dibawah mereka), termasuk karakter baru yang direka telah diperah cukup-cukup oleh Marvel Comics tanpa mereka ini diberikan ganjaran yang setimpal di atas hasil usaha yang dilaksanakan. Sebaliknya, yang diterima hanyalah bayaran biasa hasil setiap mukasurat yang dilukis dan sedikit royalti. Setelah berbincang dengan pihak atasan agar hak mereka diberi perhatian dan memperolehi jawapan yang tidak memberangsangkan, maka geng lapan orang "creators" ini pun bersependapat dan meninggalkan Marvel Comics. Jatuh nilai saham Marvel Comics akibat daripada tindakan diorang ni.
.
Geng lapan orang ini adalah Todd McFarlane yang terkenal dengan kerjanya pada komik Spiderman, Jim Lee dengan komik X-Men, Rob Liefield dengan X-Force, Marc Silvestri dengan komik Wolverine, Erik Larsen dengan komik The Amazing Spiderman, Jim Valentino dengan Guardians of The Galaxy, Whilce Portacio dengan komik Uncanny X-Men dan Chris Claremont yang merupakan penulis bagi siri komik Uncanny X-Men.
.
Maka pada tahun 1992 tertubuhlah sebuah syarikat penerbitan komik bernama Image Comics yang berprinsip setiap karakter yang direka adalah kekal hakmilik penciptanya dan bukan menjadi milik syarikat. Pelukis/penulis bebas berkarya mengikut kehendak dan citarasa tersendiri tanpa dikongkong oleh syarikat penerbit. Image Comics masih wujud sehingga kini dan merupakan diantara penerbit komik terbesar di Amerka Syarikat.
.
Trading cards di bawah ini pula adalah set Image Universe yang memaparkan imej karakter-karakter hasil daripada geng yang berwawasan ini. Karakter Image Comics ini adalah Spawn (oleh Todd McFarlane), Savage Dragon (Erik Larsen), Shadowhawk (Jim Valentino), WildC.A.T.s (Jim Lee), Cyberforce (Marc Silvestri), Wetworks (Whilce Portacio) dan Youngblood (Rob Liefield). Kesemua sembilanpuluh keping kad ini mempunyai efek Chromium dan embossed. Kasi kilau...











2 comments:

Iaryylr said...

Best Bro!info entri yang menarik!

Spallan said...

Tq bro...