Thursday, November 7, 2013

...bukan sekadar celup dalam teh O

Aku rasa dah bermacam-macam juga buku dan booklet termasuklah kad-kad resepi yang aku ada. Dari masakan yang berasaskan sos-sos istimewa lagi mengasyikkan, sehingga ka yang berasaskan teh serta pelbagai minuman yang memberangsangkan, dan juga masakan-masakan dari kaum Cina, India, Melayu dan kaum-kaum etnik Malaya yang serba-serbi lazat dan berkhasiat, termasuklah resepi-resepi makanan Barat hinggalah ke Timur Tengah. Dalam banyak-banyak tu (walau pun belum satu pun aku dah try masak...) ini adalah kali pertama aku dapat booklet resepi yang berasaskan biskut. Ya Tuan-tuan dan Puan-puan, dengan menggunakan biskut Munchy's Oat Krunch, pelbagai variasi makanan dan minuman menakjubkan boleh disediakan. Hebat. Aku baru saja dapat booklet resepi ni dari kedai hijaukuning. Syaratnya mudah saja, beli satu pek biskut dengan harga istimewa enamringgit lebih, Cik Amoi pun bagilah aku satu booklet ni. Tapi, pek dah tinggal setengah, resepinya masih belum dicuba lagi...hmmm.










No comments: