Friday, November 15, 2013

hero bawa martul


Pada satu hari tu aku mendapat panggilan telefon dari cousin aku yang memberitahu aku perlu ke stesen LRT Kelana Jaya pada pukul sebelas pagi. Katanya boleh dapat tiket iMax percuma untuk menonton filem Thor The Dark World. Memandangkan time tu aku tengah free sikit, aku pun terus ke sana. Di stesen aku pun bertanya brader yang bertugas di kaunter, ada ka promo tiket free kat platform di atas tu. Brader tu pun beritahu, "tak ada apa-apa pun, saya ni baru je turun dari atas". Aduh, cousin aku ni bagi salah info ka...

Dalam aku dok sembang dengan brader tu, Cik Kak rakan sejawat pula turut bertanya, "abang cari tiket Thor TGV tu ka? Semalam diorang ada buat di stesen KLCC, tak dengar pula ada nak buat di sini hari ni". Dia sambung lagi, "atau mungkin dah habis kot bang". Lepas tu dia pun bangun dan ambil handbag-nya sambil bertanya, "abang cari yang macam ni kan (menunjukkan keratan untuk mendapatkan tiket iMax percuma)?". Aku pun jawab, ya betul, tu lah dia. Katanya lagi, "kalau abang nak, abang ambillah yang ni. Saya ada extra...". Oh, mulia sungguh hati Cik Kak ni. Boleh dia bagi aku satu, demi tidak menghampakan hasrat aku yang datang berbatu-batu jauhnya untuk dapakan tiket Thor tu. Aku pun ucapkan terimakasih yang tak terhingga.

Tapi...biasa lah. Jiwa kental ni agak susah sikit nak berpuas hati. Alang-alang aku dah sampai kat stesen ni, biar aku check  sa-round kat platform tu. Biar aku puas hati memang takda tiket free kat situ. Jadi aku pun belilah tiket tujuh kupang satu dan naik ke platform tren. Ronda punya ronda kat atas tu, sahlah memang takda nampak pun gaya-gaya macam ada tiket free Thor. Oklah, kalau memang dah takda takpalah.

Tiba-tiba aku ternampak dua orang ni tengah buat kerja...


Laaaaa....patut la brader dan Cik Kak tu tadi kata takda,
diorang ni baru nak pasang rupanya.


Hahaha...inilah dia rupa poster filem Thor tu. Kita perlu koyakkan keratan dari poster dan claim tiket free di panggung TGV.


Tempat di mana poster dengan keratan akan ditampal.


Sedang menampal...


...dah siap. Sila ambil satu katanya.


Dan inilah dia rupa keratan
yang dikoyak dari poster.


Siap dengan badge Thor.


Maka pada Sabtu lepas jam tiga ke petang aku pun sampai le ka TGV One Utama untuk claim tiket free iMax.


Boleh tahan ramai juga yang datang...


Dah bagi keratan, dapat pula kupon. Kupon ni pula nanti boleh ditukar dengan tiket iMax bila-bila aku nak tengok filem tu nanti.



...efek Sebelum dan Selepas


4 comments:

wakgelas said...

gigihnyerr.,ehHHEe

gostansikit said...

Wow. Very nice. No such promo kat penang sbab No lrt heh heh

Mun Kit Tee said...

Uhuhu Kuantan memang takde benda-benda macam ni......

Spallan said...

Wak Gelas
...gagah yang gigih, hahaha

Goh LinLin
...thanks. takpa kot sat lagi depa buat stail lain :)

Mun Kit Tee
...satu hari nanti, mudah-mudahan ada