Sunday, December 26, 2010

Tricorder & Video

Dalam siri Star Trek The Original Series, alat yang seperti dibawah ini dipanggil Tricorder. Diantara fungsinya adalah sebagai sensor untuk mengimbas (scan) keadaan sekeliling disamping digunakan untuk merakam dan menganalisa data (maklumat). Walau bagaimana pun yang dibawah ini bukanlah Tricorder yang sebenarnya malah ia hanyalah packaging kepada video yang direkabentuk seakan-akan Tricorder. Packaging edisi terhad ini mengandungi video klasik Star Trek dengan dua episod cerita iaitu "The Trouble With Tribbles " dan "The City On The Edge Of Forever". Disamping itu terdapat juga "William Shatner's Star Trek Memories" dan sebuah buku dua belas mukasurat collector's edition.





No comments: