Thursday, December 23, 2010

Pameran KTM 2

"Shunt Signal merupakan peralatan semboyan yang memberi isyarat kepada tren yang melalui landasan. Isyarat lampu merah menandakan bahawa keretapi tersebut perlu berhenti dan memberi laluan kepada keretapi lain manakala isyarat lampu hijau bermakna tren tersebut dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Ia telah mula digunakan sekitar tahun 1920an sehingga kini."
"Alat pemotong besi yang digunakan di bengkel KTM diantara tahun 1940an hingga 1980an."



"Alat penimbang bungkusan yang digunakan sekitar tahun 1930an."




"Peralatan teknologi maklumat lama."


"Alat pembakar ribet digunakan untuk membakar paku landasan serta peralatan seumpamanya bagi membersih dan mengelak sebarang kerosakan pada peralatan tersebut."


"Plet Hydraulic Jack yang digunakan
dalam perkhidmatan 1950an - 1980an."


"Mesin jahit KTM yang digunakan untuk menjahit
sarung kusyen dan tirai koc sekitar tahun 1940an."



"Model gerabak kelas 1 yang dibina pada tahun 1935. Gerabak jenis ini digunakan dari tahun 1934 hingga lewat 1970an."







"Model relkar yang dihadiahkan
oleh pengilang sekitar 1970an."








No comments: