Alang-alang tengah dok cerita pasal FDC KTM, aku masuk sekalilah kisah lawatan aku ke pameran KTM ni. Pameran ni aku pi dalam bulan Januari awal tahun ni kat Stesen Keretapi KL (yang ori dan bukannya KL Sentral). Masuk percuma sebab pameran ni pun dibuat kat ruang legar bangunan stesen. Jadi sesiapa saja yang masuk, samada nak beli tiket keretapi ka, atau pun nak hantar sanak saudara atau rakan taulan yang nak naik keretapi, bolehlah layan tengok barang pameran. Kalau masih ada lagi pameran tu boleh la pi singgah tengok, kalau dah habis, bolehlah kot layan sedikit sebanyak gambaq yang aku ada ni...
.
"Lampu depan lokomotif stim.
Lampu ini dibuat di England"
"Dokumen lama berkaitan dengan urusan keretapi yang digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan di dalam tugas-tugas harian."
sekitar tahun 1930an."
"Meter hadlaju lokomatif kelas 20."
Kiri: "Plet pengluar koc untuk Perak State Railway dan Selangor State Railway."
Kanan: "Plet Jambatan Tenang."
Kanan: "Pelbagai jenis paku-paku yang digunakan untuk landasan keretapi dari tahun 1940an higga kini."
"Peralatan persemboyan yang digunakan
sekitar tahun 1950an hingga 1980an."
"Tiket dan mesin lama cetak tarikh."
"Kipas untuk koc yang tidak mempunyai alat penghawa dingin." Masa aku dok naik keretapi mel dulu selalu jumpa kipas macam ni. Versi yang pusing keliling pun ada...
diantara tahun 1940an hingga lewat 1990an."
"Key Token merupakan peralatan persemboyanan yang digunakan dari tahun 1940an hingga kini. Ianya digunakan di stesen keretapi di mana ketua stesen akan memasukkan kunci yang dibawa pemandu tren untuk meneruskan perjalanan."
"Key Token merupakan peralatan persemboyanan yang digunakan dari tahun 1940an hingga kini. Ianya digunakan di stesen keretapi di mana ketua stesen akan memasukkan kunci yang dibawa pemandu tren untuk meneruskan perjalanan."
"Happers key beserta loceng yang merupakan antara peralatan persemboyanan yang penting di stesen keretapi sejak 1885 hingga lewat 1980an."
No comments:
Post a Comment