Selesai melayan pameran KTM, aku pun apa lagi...naik atas la pula untuk check out hotel yang ada kat sini iaitu Heritage Station Hotel Kuala Lumpur. Ini baru dikatakan hotel "old-school". Dibina oleh seorang arkitek British bernama A.B. Hubback, hotel ini telah mula beroperasi sejak 1 Ogos 1910 hinggalah ke hari ini...
Harga bilik bagi yang ingin kembali
ke "charms of the old world".
Untuk ke tingkat atas, anda boleh memilih samada ingin menggunakan tangga atau kepada yang lebih berani, boleh menggunakan lif kayu yang masih lagi beroperasi ini. Untuk menaiki lif, mula-mula kita harus membuka sendiri pintu (kayu) yang kemudiannya menampakkan pintu lif (juga diperbuat daripada kayu). Lif akan beroperasi seperti lif biasa cuma ia akan naik secara perlahan-lahan, slow and steady dan mengeluarkan bunyi....kayu? Hahaha, payah nak jelaskan, kalau ada masa terluang pi lah cuba ya.....
Sampai sahaja di tingkat atas,
macam ni la rupanya...
Terdapat Bar stail lama...
dan poster (gambar?)
pemandangan yang agak besar...
Yang ni berada pada dinding bahagian atas, agak besar juga. Aku pernah tengok kapal yang macam ni kat pameran batu jade, besar dan mahal. Tapi tak tahulah samada ini jade atau tidak, mungkin bukan kot. Kalau betul jade, rasanya dah lama belayar...
No comments:
Post a Comment