Tuesday, December 28, 2010

Pinggan Star Trek 6

Spock, lakonan Leonard Nimoy, adalah salah satu karakter Star Trek yang juga satu ikon dalam dunia fiksyen sains. Siapa yang tak kenal si telinga tajam dengan "Vulcan Hand Sign" macam kat pinggan tu. Bukan senang nak buat jari jadi macam tu. Sesetengah kawan aku kena guna tangan satu lagi untuk meng-adjust jari sebab nak buat macam tu. Apatah lagi kalau nak buat "Vulcan Death Grip".....hahaha (mana ada). Pinggan collectible ini pula memaparkan imej Spock dengan gaya masyhurnya. Berukuran 8.25" dan mempunyai border yang direka khas, pinggan ini telah dilukis oleh Thomas Blackshear dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection. Pinggan Spock ini adalah dari siri Star Trek 25th Anniversary Commemorative Collection.



2 comments:

iaryylr said...

fuyooh, penuh koleksi star trex nie!, tak sangka ada juga barang-barang berharga begini, syabas!

Spallan said...

tq bro, kita layan Star Trek sat noooo...