Monday, December 27, 2010

Paper Cup ecoBrown's

Anda pernah cuba makan nasi ecoBrown's? Aku pernah cuba yang telah dibuat jadi nasi goreng, boleh tahan juga rasanya. Ok, ecoBrown's adalah jenama beras perang keluaran Serba Wangi Sdn Bhd. Dikatakan beras jenis ini mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Tapi takkan Cik Amoi bagi test makan nasi dengan paper cup kot...? Ahaaa, paper cup ini sebenarnya digunakan untuk mempromo Multigrain's Brown Rice Beverage atau pun Minuman Bijirin Beras Perang. Bila diminum panas-panas ia sedap dan menyegarkan, disamping memberi anda pelbagai khasiat mineral dan vitamin.


No comments: