Wednesday, December 29, 2010

Star Trek Lobby Cards

Masa budak-budak dulu, Ayah aku sering bawa aku dan adik aku menonton filem di panggung wayang. Sewaktu Ayah sedang beratur hendak membeli tiket, aku dan adik aku akan berlegar dikawasan lobi dan melihat gambar-gambar mengenai cerita wayang yang bakal ditonton. Gambar-gambar didalam display kayu berkaca ini berada pada dinding ruang legar lobi panggung wayang dan sedikit sebanyak mempamirkan babak-babak dari filem yang bakal ditonton sebentar nanti. Terdapat juga gambar-gambar dari filem-filem akan datang yang bertujuan untuk menarik minat orang ramai disamping memberi sedikit informasi mengenai filem tersebut. Sekarang dah takda lagi gambar-gambar yang di panggil "Lobby Cards" ini. Kalau anda ingin melihat display case yang mempamirkan lobby cards ini bolehlah berkunjung ke The Time Tunnel Cameron Highlands kerana di situ ada dipamirkan sebuah untuk tontonan umum.
.
Ok, aku takdalah simpan display case seperti yang diceritakan diatas tapi apa yang ada dalam koleksi aku ialah lobby cards dari filem Star Trek VI: The Undiscovered Country. Filem ini ditayangkan pada tahun 1991 dan inilah dia set lobby cards dari filem tersebut...





lobby cards-nya...








2 comments:

frightrice said...

Bro, apa koleksi tertua Star Trek yang kau ada simpan?

Spallan said...

Sorry Bro, kena hold dulu jawapan soalan ni, masih checking... :)