Thursday, December 23, 2010

FDC Keretapi Tanah Melayu

Isu ketujuh bagi tahun 2010 ni adalah mengenai Keretapi Tanah Melayu. Dikeluarkan pada 22-6-10, agak HOT juga siri kali ini mungkin kerana temanya yang menarik minat ramai collector. Bagi aku pula, aku suka keluaran kali ini pertamanya kerana tema keretapi yang mana sewaktu kecil dulu memang selalu juga aku naik keretapi ni. Dari tren mel, tren ekspress, senandung malam, sinaran pagi dan macam-macam lagi, semuanya aku dah merasa.
.
Ok, keduanya aku minat kerana keluaran kali ini mempunyai rekabentuk setem yang menarik dan saiz yang berbeza-beza. Setem se-tenant 30sen ada, setem panjang 50sen dan RM1 ada, lembaran mini RM3 ada, buku setem (stamp booklet) pun ada...memang best.









bahagian belakang sampul yang menunjukkan kepala keretapi dengan logo Keretapi Tanah Melayu yang digunakan sewaktu kertapi tersebut beroperasi...


risalahnya...





butiran teknikal


lembaran mini berdenominasi RM3



buku setem yang mengandungi
sepuluh setem berdenominasi 30sen








1 comment:

Iaryylr said...

Saya memang minat pada keretapi, tapi setem nie pun saya belum sempat beli, he he he...