Saturday, December 25, 2010

Komik Star Trek XI

Bagusnya dunia komik ni, kadang-kadang dikeluarkan edisi khas yang dipanggil Comic Collections in Trade Paperback, atau lebih senang di panggil Trade Paperback (TPB) Collection. Dalam TPB ni akan dikumpul mana isu-isu yang dianggap menarik, atau cerita-cerita yang bersiri-siri dan dijadikan sebuah TPB. Jadi senanglah untuk kita membacanya. Kadang-kadang mungkin ada satu dua isu yang kita ter-miss atau pun nak beli tapi dah habis. Jadi, kalau dikeluarkan semula dalam bentuk TPB, selamat le kita, boleh sambung baca...
.
Satu lagi versi di panggil Graphic Novel. Yang ni bukannya koleksi komik yang dikumpul dan dijadikan TPB tetapi adalah sebuah buku cerita komik. Kalau buku cerita yang biasa hanya mempunyai tulisan sahaja didalamnya, Graphic Novel merupakan sebuah cerita yang baru (bukan koleksi) yang lengkap dan menggunakan grafik (komik) sebagai perantaraan, senang kata buku komik yang tebal.
.
TPB The Best of Star Trek, Dis 1991
koleksi komik Star Trek siri pertama #5, 24, 25, Annual #2 dan #3, siri kedua #10, 11, 12


TPB Star Trek:
"Who Killed Captain Kirk", Jun 1993
koleksi komik Star Trek siri pertama #48-55

.
Graphic Novel Star Trek, Mei 1995
"The Ashes of Eden"


TPB Star Trek: "Tests of Courage", Ogos 1994
koleksi komik Star Trek siri kedua #35-40


TPB Star Trek TNG: "The Star Lost", Feb 1993
koleksi komik STTNG #20-24

No comments: